Chekgu LK

~ Cikgu Sabahan Part time Youtuber. RADU sampai PADU ~
❤️Platform Chekgu LK : https://linktr.ee/chekgulksocialmedia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jemput berikan sokongan untuk saluran Youtube pendidikan saya ini akan terus dapat dimanfaatkan untuk kegunaan orang ramai. Saya merupakan guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah rendah. Subjek lain yang saya ajar seperti Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Pendidikan Seni Visual (PSV), Pendidikan Moral, dan Pendidikan Muzik.

Chekgu LK ini merupakan nama timangan yang saya gunakan dalam dunia maya. "Chekgu" inspirasi daripada sistem ejaan lama iaitu ejaan Za'ba. "LK" pula merupakan singkatan daripada nama sebenar saya iaitu Nurlisa Kamba. Saya merupakan seorang Youtuber Pendidikan yang bernaung di bawah bimbingan Akademi Youtuber Malaysia.

Saya ingin jadikan pelantar Youtube ini untuk saya abadikan video-video yang bermanfaat yang nantinya sebagai ladang pahala buat saya selagi Allah izinkan.

Jangan lupa klik butang SUBSCRIBE ❤️