Sabah Heritage UMS

Video dokumentari pendek ini merupakan inisiatif pelajar Pengurusan Sumber Warisan, Program Sejarah, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah dalam memartabatkan warisan negeri Sabah. Tidak kira latarbelakang dari mana asal mereka, setiap usaha adalah untuk memperkayakan sumber dan info tentang warisan dan sejarah Sabah. Tema video adalah 'WARISAN KITA, WARISAN KEBANGSAAN, WARISAN DUNIA" merangkumi warisan kebudayaan ketara dan warisan kebudayaan tidak ketara. Setiap kekurangan dari segi info dan kreativiti kandungan video ini akan diperbaiki dari masa ke semasa. Terima kasih atas sokongan dan komen yang membina.