Irama Malaysia Komuniti Digital

Irama Malaysia ialah sebuah inisiatif di bawah Komuniti Digital yang bertujuan untuk menjadi satu pelataran untuk menaikkan & mengetengahkan karya karya rohani yang dihasilkan di tanahair Malaysia dengan harapan dapat menjadi berkat kepada gereja lokal di negara ini. Platform ini terbuka kepada generasi penyembah merentas denominasi dan budaya yang boleh menaikkan haruman keindahan dan keunikan karya anak anak tempatan.

Di bawah Irama Malaysia, kami menubuhkan Akademi Worship, sebuah platform khusus untuk pembelajaran & latihan eksklusif bertujuan untuk membimbing, melahirkan & mengetengahkan bakat anak tempatan yang dapat menghasilkan karya karya rohani yang menjadi berkat kepada gereja tempatan.

Aktiviti:
🎶 Worship Night – Acara penyembahan yang berkonsepkan Irama Malaysia, menggabungkan elemen tradisional & moden dalam muzik, doa, & persekutuan iman.
🎼 Akademi Worship – Kelas, bengkel & latihan untuk membentuk pemuzik & penyembah yang berdedikasi dalam melayani Tuhan & komuniti.