Wellz Official Channel

Sejarah adalah suatu perkara yang harus diketengahkan dan wajar diketahui oleh setiap manusia. Channel youtube ini akan membincangkan berkenaan dengan suatu fakta yang menjadi konspirasi, mitos dan pendedahan kepada suatu tragedi yang jarang sekali kita dengar di media massa, akhbar, dan saluran lain. Video yang disajikan adalah hasil daripada titik peluh sendiri iaitu dari segi sumber, skrip dan lain-lain. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggunaan video daripada youtuber lain sebagai satu gambaran kita disebabkan kekurangan sumber ataupun bahan bukti. Semua video yang dipaparkan adalah realiti dan benar-benar berlaku. Saya sedia menerima komen daripada anda semua sama ada positif mahupun negatif sebagai satu anjakan bagi saya untuk mengembangkan lagi saluran ini.