AJOI SPEED

Ajoi Speed Channel adalah merupakan salah satu saluran yang sesuai untuk tontonan umum. Saya jadikan channel ini sebagai satu platform untuk umum mengikuti segala perkongsian dari saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang saya ada. Apa yang dikongsikan adalah:
1. Pembuaruan Udang galah, saya kongsikan kepada umum berdasarkan ilmu yg saya ada, dari segi teknik, pemilihan spot, set pancing, keadaan air, panduan memancing dan cara mengetahui pergerakkan udang galah. Selain itu, saya juga kongsikan kaedah dan cara saya mendapatkan udang galah. Selain dari memburu udang galah, saya juga memburu ikan tapah dan ikan2 sungai lain dengan kaedah menajur, merawai dan menjaring. Saya berjaya penuhi permintaan umum yang berhajat untuk menjamah ikan idaman yang susah untuk dicari ketika ini, iaitu ikan tapah. Saya juga kongsikan panduan menajur jika ada individu yang mahu mencuba. Jika kalian berminat dan menyokong saya, silalah war warkan dan sokonglah channel saya ini, Terima Kasih.