Ceritera Melaka

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di dalam proses menyediakan Peta Warisan Kebudayaan Tidak Ketara (intangible heritage) di dalam Kawasan Warisan Dunia Melaka. Ianya adalah satu usaha yang akan mendokumentasikan tradisi, kostum, kesenian kraf, acara, perayaan, kisah masyarakat dan makanan traditional.

Tujuan Utama pembentukan profil ini adalah untuk Projek Pemetaan Warisan Kebudayaan dan Komuniti (Cultural Heritage Mapping) di dalam bentuk sistem interaktif.