Razis Ismail – тема

Ghazali Ismail atau lebih dikenali sebagai Razis Ismail ialah seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia pada sekitar era 80an. Lagu-lagu beliau sering kerap kali diputarkan di corong-corong radio Malaysia sekitar era 80an iaitu Hadirmu membawa sinaran, Wahai kekasih. Berasal dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Suara beliau yang lunak dan wajah beliau yang kacak sering menjadi pujaan gadis-gadis ketika zaman kegemilangan beliau. Selain menyanyi, beliau juga menceburi dalam bidang lakonan iaitu filem Mawar Merah dan beliau hanyalah sebagai seorang pelakon pembantu.