Alyah – тема

Datin Noor Hasliah Abu Hasan atau Alyah Hasan juga disebut Alyah merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Mula bergiat aktif dalam dunia seni sejak 2000 ketika beliau berusia 19 tahun, namun namanya mula meniti di bibir peminat sekitar tahun 2008 bersandarkan populariti lagu hit "Tak Mungkin Kerna Sayang" ciptaan Ajai, manakala lirik tulisan Datuk Habsah Hassan. Bakatnya dikesan menerusi pertandingan Bintang HMI 2000 anjuran Radio Televisyen Malaysia yang menobatkan beliau sebagai juara.