Lagu Kanak-Kanak Bersama Little Ammar

Little Ammar adalah seorang kanak-kanak berumur 3 tahun. Jom ikut telatah Little Ammar menyanyi, bergembira dan belajar sambil menyanyi. Ada banyak lagu2 menarik dari Little Ammar. Antaranya, Kalau Rasa Gembira, Alllahuakbar, Badan Saya, Masa Untuk Makan, Selamat Malam, Jom Mandi dan pelbagai lagi!

Yang paling bagus adalah semua lagu Little Ammar adalah mudah untuk nyanyi, senang untuk kanak-kanak ikut, ada banyak pergerakan untuk 'motor skills' anak-anak dan ada nilai-nilai Islamik yang diterapkan di dalam liriknya.

Memang tim Durioo+ sengaja membangunkan konten Islamik sebegini untuk sama-sama berjuang untuk menyediakan hiburan yang sesuai untuk anak-anak Muslim.