MAJLIS ILMU SURAU ABU BAKAR AS-SIDDIQ, LENGGENG N9

Pembinaan Surau Abu Bakar As-Siddiq telah dimulakan pada September 2020 dan telah siap pada Mac 2021. Beralamat di lot 8127, Jalan Tasik Senangin 15/5, Seksyen 15, Bandar Tasik Senangin (Mahkota Hills) 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan Darul Khusus. Berkeluasan 828.4m persegi dan mampu memuatkan seramai 200 jemaah dalam satu-satu masa. Surau ini telah dirasmikan pada 17 November 2021 oleh YBHG. Dato' Mohd Zaidi Bin Ramli (Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan).

Pihak Surau Abu Bakar As-Siddiq juga mengalu-alukan sebarang sumbangan/infaq/wakaf untuk aktiviti di Surau.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun : Surau Sementara Mahkota Hills 1219-5010-0184-15 (Bank Islam).
Semoga mendapat Rahmat & Keberkatan dari Allah s.w.t. Insyaallah Amiiin.

Sebarang pertanyaan dan info sila hubungi :
Tuan Azmi Ariffin (Pengurusi Surau A.B.A.S) ditalian 019-3856351