Yayasan Pahang

Yayasan Pahang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui Enakmen No. 6 tahun 1982.Perasmiannya telah disempurnakan pada 29 September 1983 oleh Seri Paduka Bagnda Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin A-Muadzam Shah, Yang Dipertuan Agong ketika itu.

VISI

Menjadi yayasan negeri terunggul demi memartabatkan masyarakat yang berilmu pengetahuan bertaraf dunia.

MISI

Menggalakkan peningkatan transformasi pendidikan masyarakat Pahang demi melahirkan modal insan berpengetahuan tinggi, berketrampilan,berkemahiran, matang dan seimbang.

Memperluaskan peluang mendapat pendidikan dan latihan yang berkualiti

Menggalakkan dan membantu perkembangan dalam bidang perindustrian, aktiviti komersial, sukan, seni dan kebudayaan, ekonomi, sosial, penyelidikan, pembangunan serta pengurusan teknologi.