Misi Kemanusiaan Syria MyCARE 2025
Автор: MyCARE
Загружено: 2025-08-08
Просмотров: 14920
Syria terus diuji, tetapi kita tidak pernah berhenti membantu. Alhamdulillah, dengan sokongan padu rakyat Malaysia, MyCARE telah berjaya mengagihkan pelbagai bantuan kepada keluarga asnaf di Syria yang sedang bergelut dengan kemiskinan dan kelaparan.
Di bumi yang masih berdepan kesan peperangan ini, mendapatkan makanan harian bukanlah perkara mudah. Harga gandum melambung tinggi, bekalan semakin berkurang, dan ramai keluarga terpaksa mengikat perut berhari-hari.
Betapa besarnya impak sedekah kita! Rasulullah ﷺ bersabda:
"Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makanan, sambunglah silaturrahim, dan solatlah ketika manusia sedang tidur (qiyamullail), nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi asbab rezeki buat mereka. Walaupun hanya dengan sekeping roti, kita mungkin sedang menghapuskan kelaparan seseorang di bumi Syria.
#MyCARE #Malaysia #Humanitarian #Aid #Palestine #Syria #Yemen #Afghanistan
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: