PEMPENGARUH TEGUR TREND LAGU JAMILAH MENGARUT, JATUHKAN MARUAH LELAKI
Автор: KAPSUL VIRAL
Загружено: 2025-11-10
Просмотров: 8140
PEMPENGARUH TEGUR TREND LAGU JAMILAH MENGARUT, JATUHKAN MARUAH LELAKI
Personaliti media sosial, Tareq Fit membuat satu kenyataan dan teguran secara terbuka buat mana-mana golongan lelaki yang mengikuti trend yang kini sedang tular di TikTok, di mana lelaki berbaring di katil sambil ‘lip-sync’ lagu Jamilah yang mula dilakukan oleh pelakon Que Haidar.
Menerusi TikTok miliknya, Tareq Fit meluahkan rasa kurang senang terhadap trend itu dan melabelkannya sebagai satu trend yang mengarut.
Baginya, trend ini hanya sekadar trend ‘ikut syahwat’ yang merosakkan imej dan aura seorang muslim.
Dia juga menyifatkan bahawa trend sebegitu menjadi punca ramai lelaki zaman sekarang kelihatan semakin lemah dan hilang jati diri.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: