Популярное

Музыка Кино и Анимация Автомобили Животные Спорт Путешествия Игры Юмор

Интересные видео

2025 Сериалы Трейлеры Новости Как сделать Видеоуроки Diy своими руками

Топ запросов

смотреть а4 schoolboy runaway турецкий сериал смотреть мультфильмы эдисон
dTub
Скачать

PM Tegur Keras Setiausaha Politik Beri Surat Sokongan: Eyh Takkan Tegur Keras Je?

Автор: Mohd Rafizi bin Ramli

Загружено: 2025-11-19

Просмотров: 24527

Описание:

Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengakui di Parlimen yang Setiausaha Politik beliau ada memberi surat sokongan. Perdana Menteri memberitahu Parlimen yang beliau telah menegur keras setiausaha politiknya.

Isu ini tular sejak tahun lepas. Kesahihan surat itu pun telah disahkan oleh Menteri Kesihatan sendiri.

Cuma jawapan PM tu macam tak de “ooommpph”.

Sebab soal lawan rasuah, hentikan budaya sakau dalam kerajaan - semua ini tidak pernah lekang dari ucapan beliau sehingga hari ini. Masa kita pembangkang, rakyat faham yang kita tidak ada kuasa.

Sekarang dah tiga tahun jadi kerajaan.

Kita tidak boleh salahkan rakyat kalau harapan itu tinggi supaya kesan usaha-usaha memerangi rasuah itu dirasai dengan mendadak.

Kita memang selalu baca berita orang ini ditangkap, orang itu ditangkap. Tapi setakat ini, hasil dari tangkapan itu tidaklah banyak yang berakhir dengan sabitan dan dihukum, sebab itu jangan salahkan rakyat kalau rakyat agak sinikal dengan laungan anti rasuah yang Dato’ Seri Anwar laungkan.

Ini statistik rasmi dari Menteri Undang-Undang mengenai usaha membanteras rasuah untuk membandingkan prestasi dari 2020 ke 2025:

1) Maklumat mengenai rasuah - sebenarnya berkurang dari 7,440 dalam 2020 kepada 6,520 dalam 2024

2) Kertas siasatan ada peningkatan baik - naik dari 857 tahun 2020 kepada 1,163 tahun 2024

3) Yang nampak hasil ialah lebih banyak tangkapan dan diwar-warkan dalam berita - naik dari 998 tahun 2020 kepada 1,334 tahun 2024

4) Tetapi sebenarnya yang dituduh selepas disiasat dan ditangkap ini lebih rendah. 480 dituduh dalam 2020, menurun kepada 454 tahun 2024. Ikut peratusan yang dituduh berbanding kertas siasatan dibuka: menurun dari 56% tahun 2020 kepada 39% tahun 2024

5) Maka sabitan bersalah juga lebih rendah zaman Madani ini, walaupun laungan anti rasuah lebih kuat. Tahun 2021, sabitan sebanyak 300 kes bersamaan 36% kertas siasatan berakhir dengan sabitan, berbanding 2024 hanya 256 sabitan, iaitu 22% berjaya disabitkan

Cybertroopers kerajaan jangan kecam membuta tuli. Ini fakta yang menunjukkan jurang di antara retorik anti rasuah dengan realiti sebenar yang dinilai rakyat.

Sebab itu dalam kes Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Dato’ Seri Shamsul Iskandar ini, sepatutnya ia jadi peluang kepada Dato’ Seri Anwar tunjukkan komitmen beliau menentang rasuah.

Ini yang sepatutnya berlaku:

1) Jangan tegur keras, pecat sahaja. Ini bukan kali pertama, malah saya sendiri pernah membincangkan beberapa aduan seperti ini. PM kata dia akan semak, lepas semak dia sahkan yang saya sebut itu betul, tapi sehingga sekarang Setiausaha Politik Kanan itu masih kekal di situ.

2) Laporkan kepada SPRM supaya boleh semak bila Setiausaha Politik Kanan tulis surat sokongan seperti itu, adakah ada habuan bertukar tangan

Kalau setakat tegur keras, tetapi orang itu masih ada di situ, lama-lama berucap keras macam mana pun orang tak ambil serius.

Takut nanti orang cakap depan cakap lain, belakang buat lain.

PM Tegur Keras Setiausaha Politik Beri Surat Sokongan: Eyh Takkan Tegur Keras Je?

Поделиться в:

Доступные форматы для скачивания:

Скачать видео mp4

  • Информация по загрузке:

Скачать аудио mp3

Похожие видео

Премьер-министра Анвара Ибрагима официально приветствовали 19 выстрелами из пушки в Национальном ...

Премьер-министра Анвара Ибрагима официально приветствовали 19 выстрелами из пушки в Национальном ...

Bila Parti Reformasi Pun Main Surat Sokongan

Bila Parti Reformasi Pun Main Surat Sokongan

Putin Praises Kyrgyzstan Ties as Moscow and Bishkek Eye Expansion in Peaceful Atomic Energy | APT

Putin Praises Kyrgyzstan Ties as Moscow and Bishkek Eye Expansion in Peaceful Atomic Energy | APT

Shamsul letak jawatan!, Shamsul terima RM600 ribu?, PN hodoh dan tidak bermaruah | SEKILAS FAKTA

Shamsul letak jawatan!, Shamsul terima RM600 ribu?, PN hodoh dan tidak bermaruah | SEKILAS FAKTA

Ironi Terbesar PAS: Projek Kerajaan Pusat, Dia Yang Canang Lebih!

Ironi Terbesar PAS: Projek Kerajaan Pusat, Dia Yang Canang Lebih!

Ayuh Original #1 - Kisah Sebenar Di Sebalik Fleximart & KESUM

Ayuh Original #1 - Kisah Sebenar Di Sebalik Fleximart & KESUM

Ep 54 | Bila Fifa kena 'game', Bos KL baru & 999 yang menyusahkan!

Ep 54 | Bila Fifa kena 'game', Bos KL baru & 999 yang menyusahkan!

Kereta RM200,000 Untuk 32 ADUN, Bukan 5,300 Keluarga Terengganu?

Kereta RM200,000 Untuk 32 ADUN, Bukan 5,300 Keluarga Terengganu?

Anwar tolak pecat Shamsul, 29 pegawai direman rasuah, FAM akan dikenakan tindakan | SEKILAS FAKTA

Anwar tolak pecat Shamsul, 29 pegawai direman rasuah, FAM akan dikenakan tindakan | SEKILAS FAKTA

PKR Sabah: 5 Tiang, 3 Dah

PKR Sabah: 5 Tiang, 3 Dah "Patah"?

Bukan Lagi Waktu Untuk Gula-Gula Politik

Bukan Lagi Waktu Untuk Gula-Gula Politik

 GRS DAN WARISAN JADI KERAJAAN, SABAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN

GRS DAN WARISAN JADI KERAJAAN, SABAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN

[LANGSUNG]Persidangan Dewan Rakyat | Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat 26 November 2025 | Sesi Petang

[LANGSUNG]Persidangan Dewan Rakyat | Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat 26 November 2025 | Sesi Petang

Ep 53 | Bos Sinar Harian kongsi kisah diserang penyokong PH!

Ep 53 | Bos Sinar Harian kongsi kisah diserang penyokong PH!

EP 27 | 'Comeback? Saya akan pilih parti....'

EP 27 | 'Comeback? Saya akan pilih parti....'

#167 : ROGOL & LIWAT ISTERI KAWAN, DISEKSA KEJAM & DIPAKSA MINUM ARAK

#167 : ROGOL & LIWAT ISTERI KAWAN, DISEKSA KEJAM & DIPAKSA MINUM ARAK

Nasi RM5, 3 Orang Krew & Tekan Kerajaan Lepas Ni?

Nasi RM5, 3 Orang Krew & Tekan Kerajaan Lepas Ni?

⚡️ЧАС НАЗАД! Срочное ОБРАЩЕНИЕ Трампа по войне в Украине. Все АЖ ЗАМОЛКЛИ! Слушайте, ЧТО СКАЗАЛ

⚡️ЧАС НАЗАД! Срочное ОБРАЩЕНИЕ Трампа по войне в Украине. Все АЖ ЗАМОЛКЛИ! Слушайте, ЧТО СКАЗАЛ

'Tak dapat jimat banyak' - Rafizi gariskan kelemahan subsidi bersasar RON95

'Tak dapat jimat banyak' - Rafizi gariskan kelemahan subsidi bersasar RON95

PM Anwar Ibrahim jawab isu video rasuah, anak menantu Pagoh, guna aset Kerajaan untuk berkempen

PM Anwar Ibrahim jawab isu video rasuah, anak menantu Pagoh, guna aset Kerajaan untuk berkempen

© 2025 dtub. Все права защищены.



  • Контакты
  • О нас
  • Политика конфиденциальности



Контакты для правообладателей: [email protected]