Kuching-Sibu Family Trip 2025: Perjalanan lancar melalui Jalan Pan Borneo! Singgah Serian & Sri Aman
Автор: Serian Family Channel
Загружено: 2025-07-14
Просмотров: 672
Baru-baru ini membuat trip hujung minggu bersama keluarga ke Sibu. Saja mahu mencuba highway Pan Borneo yang dah siap. Last memandu ke Sibu pada tahun 2019 masa jalan Pan Borneo tengah dalam pembinaan. Banyak lencongan masa tu. Sekarang, jalannya cukup lancar hinggakan seronok memandu di sepanjang perjalanan.
Kita mulakan perjalanan dari Kuching dalam sekitar 7.45 pagi. Singgah sebentar di bandar Serian untuk bersarapan. Selepas itu meneruskan perjalanan seperti ringkasannya di bawah:
1. Melimpasi kawasan hentian rehat Lachau
2. Melimpasi kawasan Melugu
3. Melimpasi simpang Sri Aman-Betong
4. Melawat bandar Sri Aman sekejap
5. Melimpasi kawasan Engkilili
6. Melalui jambatan Sungai Skrang
7. Memasuki Bahagian Betong
8. Melimpasi simpang Betong
9. Melalui kawasan Rapong
10. Berhenti rehat di hentian R&R Simpang Saratok (Pegi tandas dan beli barangan sikit)
11. Melimpasi kawasan Roban
12. Memasuki Bahagian Sarikei
13. Menuruni highway gunung sebelum simpang Selalang
14. Melimpasi simpang Jalan Meruton-Merudu
15. Memasuki simpang ke bandar Sarikei
16. Melalui jalan Sarikei-Bintangor
17. Sampai ke simpang Sibu-Bintulu
18. Melimpasi Jambatan Lanang
19. Memasuki bandar Sibu
20. Tiba di Kingwood Hotel Sibu sekitar jam 3.15 petang
Syukur kepada Tuhan sebab kita sekeluarga selamat sampai dan balik dua hari kemudian.
Diharapkan video ini bermanfaat kepada anda terutamanya bagi yang belum pernah memandu dari Kuching ke Sibu. Maaf sekiranya video saya agak bergegar sebab kamera saya murah2 sahaja. Semoga anda semua terhibur. Sokonglah channel saya ini dengan mensubscribe, share dan like video-video saya. Terima kasih semua dari SERIAN FAMILY CHANNEL (SFC).
#panborneo#serian #cartrip #familytravel #familytrip #sriaman #betong #saratok #roban #sarikei #lanang #
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: