TULAR CEBISAN AL-QUR4N DIKOYAK & DIBIAR ATAS JALAN, LELAKI DITAHAN BANTU SIASATAN
Автор: KAPSUL VIRAL
Загружено: 2026-01-27
Просмотров: 1151
TULAR CEBISAN AL-QURAN DIKOYAK & DIBIAR ATAS JALAN, LELAKI DITAHAN BANTU SIASATAN
Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun bagi membantu siasatan berhubung penularan video penemuan cebisan helaian al-Quran yang dikoyak di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuching Sarawak.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan dibuat di sebuah premis makan di kawasan Taman Green Hill pada Isnin, kira-kira jam 11.30 pagi.
Beliau berkata, siasatan awal juga mendapati suspek dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental dan perbuatan itu tidak dilakukan dengan niat mencetuskan provokasi.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: