Pau Ayam buat sendiri je di rumah
Автор: Seminit Resepi
Загружено: 2021-03-13
Просмотров: 36957
Pau Ayam buat sendiri je di rumah
Nahh kami share cik ain buat pau dari doh ke inti semua sendiri je tauu..
Ikut tangan sendiri punya saiz, boleh buat gemok gebus..
Untuk dapatkan Product dari Russell Taylors : https://t.productlink.io/a053248
_______________________________________________
Resepi pau ayam gebus
Bahan pau gebus
290 gram tepung pau
6 gram yis kering
1/2 tbsp baking powder
1 tsp bread improver
Garam sedikit
30 gram gula
170 gram air
50 gram minyak jagung
Bahan kari ayam kentang
1/2 biji bawang besar
3 tangkai daun kari
2 tbsp serbuk kari
2 tbps cili giling
3 biji kentang
1 keping ayam kisar
Gula
Garam
Cara-cara
Masukkan semua bahan pau ke dalam bread maker, dan gunakan menu knead sebanyak 3 kali untuk pau lebih gebus.
Sementara itu, kita masak inti pau. tumis dahulu daun kari dan bawang cincang hingga naik bau. Setelah itu, masukkan cili giling. Tumis hingga pecah minyak.
Apabila sudah cantik, masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan ayam kisar, masak hingga air ayam sedikit kering.
Akhir sekali, masukkan kentang yang dipotong dadu. Masukkan juga sedikit air dan perasakan dengan garam dan gula
Tutup periuk tekanan anda dan masak selama 5 minit sahaja.
Ambil doh pau tadi, bulatkan dan masukkan inti. Rujuk video.
Perap pau sehingga kembang, dan kukus selama 7-8 minit sahaja. Sedia di makan panasDownload aplikasi Seminit Resepi di handphone anda
Android http://bit.ly/AppSeminitResepi
iPhone/iOS http://bit.ly/iosSeminitResepi
Website : http://seminitresepi.com
#seminitresepi #resepiviral #resepisedap
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: