Part 1 : Servis Brake Caliper Motor Modenas Kriss Brake Disc Depan
Автор: Studio Hailmi
Загружено: 2019-06-22
Просмотров: 40903
Salam & Selamat sejahtera.
Video kali ini aku nak kongsikan pengalaman sendiri dan ini merupakan pengalaman pertama aku untuk servis brake caliper motor kriss.
Antara beberapa sebab kenapa aku perlu servis brake caliper motor ini.
1- Aku beli brake caliper ini bukan barang baru, tapi barang terpakai.
2- Aku beli beberapa tahun lepas, dan dah lama terbiar.
3- Aku yakin brake ini memang perlu diservis sebab bila aku lihat luarannya pun dah nampak lusuh.
4- Aku tetiba rasa tak yakin dengan brake ini, aku takut brake ini jem bila aku guna tanpa diservis terlebih dahulu.
Bagi pendapat aku, bila aku rasa dah tak yakin, aku perlu buat sesuatu, buatlah apa yang patut demi kebaikan dan keselamatan.
Video ini bagi pendapat aku ianya sesuai jika korang nk mencuba memberanikan diri untuk cuba servis sendiri brake caliper kat motor korang.
Tak kira apa motor korang pakai, dan aku yakin brake caliper ini boleh dikatakan semuanya sama.
Video ini aku bahagikan kepada beberapa episod sebab ianya agak panjang. Video ini lebih kepada cara untuk membuka atau membarai brake ini.
Untuk episod selanjutnya, aku akan letakkan linknya nanti. Atau korang tunggu je video baru tu masuk. Ingat, yang paling penting korang perlu subscribe dan tekan loceng untuk mendapat Notification video terbaru nanti.
Dengan rasa rendah diri aku berharap korang boleh memberi pendapat mahupun cadangan demi kemajuan aku untuk menghasilkan video dengan lebih baik dimasa hadapan.
Setakat ini sahaja.
Terima kasih kerana menonton.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: