Taman Eko Rimba Sungai Bantang, Bekok Berwajah Baru | Hidden Gem Di Segamat, Johor DT
Автор: Pak Long Zakie
Загружено: 2025-06-17
Просмотров: 2106
Taman Eko Rimba Sungai Bantang, Bekok Berwajah Baru | Hidden Gem Di Segamat Ramai Tak Tau
As salam dari Pak Long Zakie!
Jumaat minggu lepas Pak Long dan isteri serta adik beradik yang lain sempat meluangkan masa bercamping di Taman Eko Rimba Sungai Bantang selama 3 hari 2 malam.
Suasana yang sunyi dan tak berapa ramai kesini pada jumaat pentang. Air sungai yang jernih dan sejuk buat saya nak datang berulang kali. Projek menaik taraf sedang di usahakan disini. Kolam ikan sebarau sudah 90 percent siap. So untuk bercamping disini perlu mendaftar di Jabatan Perhutanan Negeri untuk mendapatkan permit bercamping.
Info tentang Taman Eko Rimba Sungai Bantang, Bekok Segamat, Johor.
Hutan lipur ini mula ditubuhkan pada tahun 1989 dan dimajukan dengan pesatnya pada tahun 1990. Kawasan ini terletak di dalam Hutan Simpan Labis dan berada di Kompartmen 17 seluas 210.93ha dan Kompartmen 18 seluas 156.28ha. Jarak antara Air terjun Sungai Bantang dengan bandar Segamat iaitu lebih kurang 64 km. dan 8 km dari Pekan Bekok. Tema "Destinasi Rekreasi Luar Anda" telah di perkenalkan oleh Jabatan Hutan Daerah Segamat bagi tujuan perkhemahan dan perkhelahan.
Taman Eko Rimba Sungai Bantang 8 km dari Pekan Bekok, 164 km dari Johor Bahru• Terletak di dalam Hutan Simpan Labis• Hutan Dipterokarpa Pamah• Kemasukan adalah PERCUMA• Selasa hingga Ahad : 8.00 pagi - 5.00 petang dan RM10 seorang untuk yang berkhemah disini.
Pertanyaan:
Pejabat Hutan Daerah Johor Utara, Pejabat Am, Jalan Awang, 85000 Segamat, Johor.Tel : 07-931 2141Fax : 07-931 7518 | Email : [email protected]
Pejabat Renj Hutan Labis, Jalan Yong Peng, 85300 Labis, JohorTel : 06-932 2142
No. Kecemasan:
• Dial 911• Hospital Segamat - 57 km (07-943 3333)• Balai Polis Labis - 32 km (07-9221222)• Balai Bomba Labis - 29 km (07-925 4444)Pelbagai aktiviti dapat dijalankan antaranya merentas hutan' jungle traking', perkhemahan dan perkhelahan.
Kemudahan yang disediakan
Terdapat kemudahan asas yang telah disediakan seperti jambatan, tangga, tempat meletak kenderaan, tempat riadah, tandas awam, tempat persalinan pakaian dan sebagainya. Bagi mereka yang gemar berkhemah, kawasan tapak perkhemahan ada disediakan di sekitar hutan lipur ini.
Gear UP:
1. Sony ZVE10 with Viltrox 35mm F1.7 & Sigma Lens 18-55 mm F2.8
2. Insta360 Preach
3. Filmora 14 pro
4. Naturehike equipment
5. Nissan navara
#camping #asmr #bonding #naturelovers #johor #segamat #sungaibantang #bekok #camping #sonyzve10 #sigmalens #viltrox
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: