SUAMI LAFAZ TALAK 2 PADA SITI JAMUMALL DALAM LIVE "KAU NAK BUKA PEKUNG AKU"
Автор: Waniey Channel
Загружено: 2025-05-14
Просмотров: 50172
SUAMI LAFAZ TALAK 2 PADA SITI JAMUMALL DALAM LIVE "KAU NAK BUKA PEKUNG AKU"
Minggu lalu, usahawan, Siti Jamumall sempat mengesahkan bahawa dirinya dan suami telah bercerai, namun sudah rujuk semula dalam masa 24 jam.
Namun hari ini, isu perkahwinan itu sekali lagi menjadi bualan hangat netizen bila mana video ketika Siti dan Aiman bertengkar dalam siaran langsung di TikTok telah tular secara meluas di aplikasi berkenaan.
Tidak pasti apakah punca yang mencetuskan ketegangan itu, namun Aiman dilihat menghamburkan segala isi hati yang seolah-olah sudah lama terpendam.
Antara pertengkaran itu adalah, Aiman hilang sabar kerana Siti didakwa mahu membuka aibnya kepada pihak media.
Wujud juga tuduhan- tuduhan mengenai Aiman melakukan kekerasan rumah tangga terhadap wanita ini serta pengambilan barang terlarang.
Terdapat beberapa individu lain dalam rumah tersebut yang cuba menenangkan Aiman, namun keadaan semakin memanas dengan adegan berbalas mulut.
Tidak ketinggalan, Aiman turut meluahkan tentang maruah dirinya yang sudah dipijak- pihak selama ini.
Kali ini, dia meminta ruang untuk bersuara dan meluahkan segala apa yang sudah dipendam dipendam selama ini.
Di kemuncak kemarahan itu, Aiman akhirnya melafazkan talak 2 kepada Siti Jamumall bersaksikan lebih 25,000 netizen mengikuti siaran langsung terbabit.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: