Solo Leveling Vol.1 Malaysia Version | Chu Gong & Dubu Redice Studio (Gempak Starz)
Автор: Long Chai
Загружено: 2025-09-07
Просмотров: 28
Hello semua, maaf lama tiada upload video atas kesibukan kerja. Baiklah kali ini nak review buku komik Korea yang dikeluarkan oleh Gempak Starz. iaitu Solo Leveling, saya yakin ramai yang tahu tentang komik ini kan? Komik ini ciri-cirinya seperti Sword Art Online jika kamu tahu tentang komik atau anime itu.
Jadi ceritanya tentang dunia manusia wujud dimensi nama Dungeon seperti itu untuk mereka ke dunia itu. Setiap Dungeon itu ada tahap atau level tersendiri, manusia akan memburu atau hapuskan raksasa yang ada di dalam dimensi itu. Seorang anak muda bernama Sung Jin Woo telah mengikuti sekumpulan party atau group untuk hunting monster ini. Tetapi sesuatu yang pelik telah berlaku dan party mereka banyak mati dibunuh sebab mereka sangka Dungeon itu tahap rendah tapi tidak disangka adalah tahap yang tinggi dan hanya orang berkelas tinggi saja yang boleh masuk untuk hapuskan raksasa ini. Ramai yang mati dibunuh oleh raksasa tapi Sung tidak ingin mati dan meminta sesuatu entah bagaimana dia dapat hidup balik daripada maut. Selepas dia hidup balik, hidupannya berubah 100%. Dari level rendah, tiba-tiba menjadi seperti orang yang pro atau mahir dan skill dia sangat berbeza dengan orang lain, itu menjadikan dia sangat unik dan siap boleh take over musuh yang telah tewas untuk dijadikan sebagai askarnya atau koleksi army-nya. Bukan setakat itu saja, item atau weapon pun dia boleh ambil untuk jadikan senjata miliknya. Semua benda yang dia ambil sebagai senjatanya atau koleksinya boleh level up untuk menjadikan item itu kuat.
Tujuan hidup Sung adalah menjadi kuat dan mencari musuh yang telah bunuh dia, dia ingin balas dendam atau nak kalahkan raksasa itu. Sebab bagi dia, raksasa itu sangat kuat dan tidak sama seperti yang lain dianggap sangat bijak atau pintar untuk berfikir dan segalanya. Solo leveling ini ada animenya, tapi saya belum ada tengok. Sebab saya juga sudah baca habis sebenarnya komik ini secara online bagi saya watak ini terlalu overpower sangat dan semua musuh senang dikalahkan begitu saja Haha... Tapi kira bolehlah untuk enjoy-enjopy baca. Saya tidak berapa apsti buku ini ada berapa Volume, saya baru beli satu. Harap tidak habis stok. Haha...
Kualiti buku komik ini sangat bagus kalau saya nampak, lebih kurang nak sama dengan Blue Lock dan Jujutsu Kaisen cuma buku komik ini berwarna dan harga ada sedikit berbeza dari yang komik Jepun.
Baiklah, tanpa buang masa lagi jom tonton video ini. Jangan lupa like dan subscribe channel saya. Terima kasih yang sudah follow up channel saya ini.
#sololeveling #manhwa #manhua #koreacomic #chugong
Catch me on:
Instagram -
/ tnl_studio
Music
🎶 MUSIC CREDITS
AIR (에어) - 새의 시 (鳥の詩) Piano Cover 피아노 커버
• AIR (에어) - 새의 시 (鳥の詩) Piano Cover 피아노 커버
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: