Tajuk Nasyid: masyitah🎙️ Lirik: Nizamlat🎧 Lagu & Vokal Dijana Oleh: Suno AI (AI Music Generator)
Автор: Mohdnizam Jahari (NizamLat)
Загружено: 2025-11-30
Просмотров: 110
Lagu nasyid ini mengisahkan Masyitah, seorang wanita beriman yang bekerja sebagai tukang sisir rambut isteri Firaun. Walaupun hidup di tengah kekejaman seorang raja yang zalim, Masyitah tetap teguh mempertahankan tauhid dan tidak tunduk kepada kekufuran.
Apabila imannya terbongkar, Masyitah dipaksa memilih antara dunia dan akhirat. Namun beliau tidak pernah goyah — bahkan ketika anaknya sendiri syahid di depan mata, hatinya tetap yakin dengan janji Allah.
Kisah ini menjadi simbol keteguhan iman, keberanian, dan cinta sejati kepada Allah SWT.
✨ Semoga nasyid ini menyentuh hati kita, menambah ketakwaan, dan mengingatkan bahawa setiap ujian membawa kita lebih dekat kepada-Nya.
🎧 Jangan lupa LIKE, SHARE & SUBSCRIBE untuk lebih banyak nasyid, zikir, qasidah dan lagu-lagu ketuhanan.
lirik
(Verse 1)
Di istana megah Firaun berkuasa,
Hidup seorang wanita mulia,
Menjaga rambut isteri raja,
Namun hatinya milik Yang Esa.
(Pre-Chorus)
Sisir terjatuh, nama Allah terucap,
Tersingkap rahsia iman di hadapan musuh kejam,
Diseru taubat, tapi dia teguh,
Tiada Tuhan selain Allah yang satu.
(Chorus)
Masitah, engkau wanita syurga,
Sabar menanggung seksa dunia,
Anakmu dibunuh di depan mata,
Namun imanmu tak tergoyah selamanya.
(Verse 2)
Api menyala, ancaman membara,
Tapi cintamu bukan pada dunia,
Kau pandang tinggi ke langit sana,
Terlihat istana indah menanti di syurga.
(Bridge)
Wahai jiwa-jiwa yang beriman,
Belajarlah dari kisah insan,
Teguhlah walau diuji kejam,
Kerana janji Allah itu pasti benar.
(Chorus)
Masitah, engkau wanita syurga,
Namamu harum di bumi dan langitNya,
Syahidmu bukti cinta sejati,
Pada Tuhan Rabbul ‘Alamin.
(Outro)
Tangisan dunia berganti bahagia,
Di taman syurga kau bersenyum megah,
Masitah, oh srikandi mulia,
Tukang sisir, penghuni jannah.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: