Jimmy Gunsi Rehat Dalam Damai
Автор: purnamamedia
Загружено: 2025-06-15
Просмотров: 88
BERITA DUKACITA | 12 JUN 2025
“Perjalanan Hidup Seorang Lelaki Tabah – Jimmy Gunsi Kembali ke Pencipta”
Tambunan – Hati siapa yang tidak pilu apabila mengenang perjalanan hidup mendiang Jimmy Gunsi, seorang insan sederhana tetapi luar biasa, yang menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi 12 Jun 2025, jam 7.30 pagi di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu setelah beberapa bulan bertarung nyawa akibat kemalangan jalan raya.
Mendiang dilahirkan di Kampung Kirokot, Tambunan namun membesar di tanah penuh kenangan – Melalap, Tenom. Di sanalah akar kehidupannya bermula. Pendidikan awal diterimanya di GPS Melalap sebelum menyambung ke Sekolah St. Anthony, Tenom dari tahun 1963 hingga 1965, dan berjaya memperoleh sijil Lower Certificate of Education (LCE) – satu pencapaian yang cukup membanggakan pada zaman itu.
Namun, jalan hidup tidak selalu lurus. Demi mencari sesuap nasi, Jimmy bekerja sebagai penoreh getah di Melalap Estate, kemudian berpindah ke Lombong Tembaga Mamut di Ranau, sebelum akhirnya berkhidmat sebagai kakitangan di Sekolah St. Francis Convent, Kota Kinabalu. Di sanalah beliau menabur bakti sehingga bersara wajib pada tahun 2009.
Tidak memilih untuk berehat sepenuhnya, mendiang kembali ke Kampung Makaniton dan membuka kebun getah hasil bantuan RISDA. Setelah enam tahun usaha, pokok getahnya mula mengeluarkan hasil. Bersama isteri tercinta, Mdm Adna @ Nurisa Gait, mereka menoreh dengan gigih – seiring dan sejalan dalam meniti hari tua yang damai dan berdikari.
Namun takdir Tuhan mendahului segalanya.
Pada 5 Februari 2025, dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak saudara di Keningau, rombongan mereka yang menaiki bas sewa khas dari Kampung Sunsuron terlibat dalam satu kemalangan. Mendiang menjadi mangsa paling parah tengkuk leher, lumpuh, dan tidak lagi mampu berdiri. Setelah dirawat di Hospital Keningau, beliau dipindahkan ke Queen Elizabeth II. Di sana, beliau bertarung antara hidup dan mati dalam diam, dalam kesakitan, dan dalam doa yang tidak pernah putus dari keluarga tersayang.
Hari ini, seluruh keluarga dan kenalan dikejutkan dengan pemergiannya. Jenazah mendiang telah dibawa pulang ke tanah kelahirannya Isterinya di Kampung Sunsuron, Tambunan, dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kristian kampung tersebut seperti yang pernah beliau ungkapkan semasa hayatnya.
Mendiang meninggalkan seorang balu, lima orang anak, dan beberapa orang cucu yang pastinya akan merindui kehadiran seorang ayah dan datuk yang penyayang, tenang, dan rajin berusaha.
Selamat jalan Jimmy Gunsi.
Semoga rohmu dicucuri rahmat dan bersemadi dengan tenang di sisi Tuhan yang Maha Pengasih.
Rehat dalam Damai. R.I.P.
Story: Jubin Kinsil
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: