Kemeriahan Sambutan Ambang Merdeka Di Dataran Merdeka🇲🇾,Selamat menyambut Hari Kebangsaan🇲🇾ke-68.
Автор: MAY FAMILY CHANNEL
Загружено: 2025-08-31
Просмотров: 222
🇲🇾 SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2025 DI DATARAN MERDEKA 🇲🇾
YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur turut hadir bersama ribuan warga kota bagi memeriahkan Sambutan Ambang Merdeka 2025 anjuran DBKL di Dataran Merdeka.
Acara bermula sejak petang dengan persembahan buskers DBKL, diikuti segmen penuh penghayatan “Soul and Chill”, persembahan kesenian serta kebudayaan pelbagai kaum, dan penampilan istimewa artis tanah air termasuk Hael Husaini, Nadeera Zaini, Bella Astillah dan ramai lagi.
Sambutan ini turut diserikan dengan Pementasan Istimewa “Pantomim Madani Malaysiaku” menampilkan pelakon legenda Mubarak Majid dan Liza Abdullah, membawa penonton menelusuri perjalanan Malaysia daripada detik kemerdekaan 1957 hingga aspirasi Malaysia Madani hari ini.
Detik kemuncak sambutan diserikan dengan pertunjukan bunga api gilang-gemilang yang menerangi langit Dataran Merdeka, menutup tirai acara dengan penuh ceria buat warga kota.
💙 Selamat Hari Kebangsaan & Selamat Hari Malaysia 2025! 🇲🇾
#MalaysiaMADANI
#KLBandarUntukSemua
#klcityforall
#KLBerdayaHuni
#liveableloveablekl
#cintaikl
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: