EP151 | Reformasi v Reforbasi, Team AI v RR, Parti Derita ke Kuasa, Madani: Pengumuman & Pelaksanaan
Автор: Keluar Sekejap
Загружено: Apr 14, 2025
Просмотров: 90,895 views
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 151 menampilkan YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, dalam satu perbincangan menyeluruh yang merangkumi pelbagai isu besar dari perubahan iklim hingga ke perubahan dalam parti.
Antara yang dibincangkan termasuk perkembangan kementerian beliau seperti Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Kebangsaan, pelaksanaan RUU CCUS, serta kontroversi seputar eksplorasi nadir bumi (REE) yang melibatkan pertembungan antara kerajaan pusat dan negeri.
Episod ini juga menyentuh secara terus terang tentang reformasi yang sedang dan belum dilaksanakan dalam kerajaan Madani termasuk isu pelantikan politik, peruntukan Ahli Parlimen, dan sistem akauntabiliti Perdana Menteri di Parlimen.
Turut diperbincangkan secara kritikal adalah perubahan dalam struktur pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di mana pertembungan antara kem Anwar dan kem Rafizi serta budaya parti yang kini dilihat semakin mewah berbanding zaman "parti derita."
Keluar Sekejap akan mengadakan siri jelajah ke United Kingdom pada bulan April ini. Sertai KJ dan Shahril Hamdan dalam sesi siaran langsung eksklusif yang membincangkan isu-isu semasa, dasar awam, serta hala tuju politik tanah air.
📍 Manchester – 25 April 2025
📍 London – 26 April 2025
Dapatkan tiket anda sekarang di tickets.ksmedia.my
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2025, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di [email protected]
YT TIMESTAMP EP151
00:11 KS UK Tour Promo
00:55 Intro
01:32 Pengenalan Tetamu & Buku "Saving The Planet"
04:17 Kerjasama Rentas Kementerian
08:29 Peranan Malaysia dalam Iklim Global & COP
16:00 Cabaran Merakyatkan isu Iklim & Naratif Awam
21:52 Perbezaan Adaptasi vs Mitigasi Perubahan Iklim
26:49 Kempen Rimau dan Oyen : Pemuliharaan Harimau Malaya
30:51 RUU CCUS & Dasar Iklim Sabah, Sarawak
33:31 Isu REE / Nadir Bumi & Kuasa Negeri vs Pusat
40:18 Politik PKR : Perubahan Sistem Pemilihan
46:30 PKR dulu parti derita kini parti mewah?
50:42 Reformasi atau "Reforbasi"?
54:49 Isu Peruntukkan Ahli Parlimen Pembangkang
59:31 Reformasi Apa Ditolak UMNO?
01:02:33 Suasana Pemilihan Parti PKR
01:18:06 Transfer Window PKR & Tengku Zafrul
01:21:02 PH - BN & Formula PRU16
01:27:08 Isu Vote Transferability dalam Gabungan PH–BN
01:33:44 Dasar-Dasar Madani : Pengumuman vs Pelaksanaan
01:40:10 Penyasaran Subsidi RON95

Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: