Rafizi persoal komitmen kerajaan bayar balik cukai terlebih bayar
Автор: Harian Metro
Загружено: 2026-01-26
Просмотров: 401
Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan komitmen kerajaan terhadap disiplin fiskal apabila tunggakan bayaran balik cukai kepada rakyat dan syarikat mencecah RM33.3 bilion setakat 2024, sekali gus berpotensi menjejaskan ketelusan dan kredibiliti pengurusan kewangan negara.
Beliau berkata, walaupun kerajaan menampilkan naratif kejayaan pengukuhan ekonomi dan penurunan defisit fiskal secara berperingkat, hakikatnya jumlah cukai terlebih kutip yang belum dipulangkan meningkat mendadak sejak 2020.
Beliau berkata demikian pada Perbahasan Usul Menjunjung Kasih di Dewan Rakyat, di Kuala Lumpur pada 26 Januari.
Rafizi menegaskan situasi itu seperti ini tidak pernah terjadi sekali gus menimbulkan persoalan serius mengenai puncanya sama ada akibat daripada kelewatan proses, kekurangan kakitangan atau masalah dalam pelaksanaan taksiran cukai.
Dalam pada itu, bekas Menteri Ekonomi itu turut mempersoalkan pengumuman peruntukan RM4 bilion oleh kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri Sabah bagi melunaskan sebahagian bayaran balik cukai, sambil menegaskan jumlah sebenar tunggakan jauh lebih besar dan masih belum dijelaskan secara terperinci kepada Parlimen.
Rafizi berkata hakikat sebenar amalan perakaunan tunai yang diguna pakai kerajaan sebenarnya membolehkan hasil termasuk cukai terlebih kutip diisytiharkan sebagai pendapatan meskipun wang itu seharusnya dipulangkan kepada pembayar cukai.
-----
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: