Tukar Compressor Aircond Standard Kenari ke Compressor Aircond Daihatsu Move L9
Автор: Saudagar Kampong
Загружено: 2025-05-20
Просмотров: 460
"Azrie, kenapa aircond kereta Kenari kau sejuk sungguh?" tanya aku kepada Azrie, pemilik bengkel yang juga memiliki sebuah kereta Perodua Kenari.
"Oh... Kenari saya dah tukar full set L9 punya sistem aircond, mungkin itu yang buat sejuk kot," jawab dia pula.
"Oh ye keeee.. alamakkk...," lemah sedikit aku balas apabila mengenangkan kos untuk mengubah keseluruhan sistem aircond ke sistem L9 pastinya memerlukan belanja yang sedikit besar dan juga masa.
"Takde cara yang lebih jimat ke, Rie?" tanyaku kembali.
"Ada bang. Abang boleh cuba dengan tukar compressor L9 sahaja dulu. Nak yang recond boleh, nak yang halfcut pun boleh. Cuma kalau guna halfcut ni, tiada pula jaminan yang compressor tu akan sempurna.. tengok rezeki abang macam mana. Kalau elok, eloklah.. kalau tidak, sendiri tanggung", tambah Azrie.
"Tapi saya cadangkan baik abang ambil yang recond. Apa² berlaku ada warranty dan boleh dipulangkan semula. Tapi terpulang lah.." nasihat Azrie.
Azrie cadangkan begitu sebab aku lebih memilih untuk cari dan beli sendiri. (Beli bila ada duit dan dengan harapan dapat lah berjimat sikit😁)
"Oh yea, bang. Lagi satu kalau abang beli nanti, jangan lupa beli adaptornya sekali, nanti saya ambil upah pasang dan isi gas sahaja," ujar Azrie lagi.
"Oh itu sahaja? Dua barang sahaja?" tanyaku untuk kepastian.
"Yea bang, itu sahaja. Yang lain² mungkin ada yang nak kena adjust sikit², tapi bab tu abang tak perlu risau, serahkan kepada saya," jawab Azrie pula memberi keyakinan.
"Baikkkk...., lepas ni aku cari barang," balas ku pantas.
Dan akhirnya, termakbulah hasrat yang ku harapkan sebelum ini. Malah pomen siap tunjuk dan ajar lagi bagaimana hendak memasang compressor aircond kereta.
Alhamdulillah...
**Kini kereta Perodua Kenari yang ku pandu lebih sejuk berbanding sebelum ini..😁
[Berdasarkan kisah benar]
No contact pomen: Azrie +60182659286
Lokasi: Kuang, Selangor.
Kos Compressor di Shoppe Online: RM259
Kos adapter di Shoppe: RM48
Upah pasang: WhatsApp pomen 😁
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: