SERANGAN BALAI POLIS ULU TIRAM | Suspek serang, bunuh 2 anggota sah ahli JI - KPN
Автор: Buletin TV3
Загружено: 2024-05-16
Просмотров: 38374
Suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi disahkan anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek yang dipercayai berusia 34 tahun itu berjaya ditembak mati di lokasi kejadian.
Katanya, polis kemudian menyerbu rumah keluarga lelaki berkenaan di Ulu Tiram dan pemeriksaan mendapati ada beberapa maklumat berkait kumpulan JI di kediaman berkenaan.
"Susulan itu kesemua lima ahli keluarga suspek yang dipercayai anggota serpihan JI ditahan untuk siasatan lanjut. Mereka berusia antara 15 tahun hingga 62 tahun," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, sebentar tadi.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: