Merong Mahawangsa : Raja Langkasuka
Автор: Cerita Sejarah
Загружено: 2025-11-11
Просмотров: 760
Di utara Semenanjung Tanah Melayu, tersemat sebuah negeri yang usianya menjangkau lebih seribu tahun iaitu Kedah Darul Aman. Ia bukan sekadar nama, tetapi sebuah kerajaan yang akarnya menunjang jauh ke zaman purba. Di sebalik monarki yang berterusan ini, tersembunyi sebuah kisah agung, yang terukir dalam manuskrip klasik Melayu iaitu Hikayat Merong Mahawangsa.
Inilah kisah Merong Mahawangsa. Seorang wira, nakhoda, yang kisah hidupnya merupakan gabungan antara mitos yang menakjubkan dan sejarah yang membentuk sebuah tamadun. Beliau adalah seorang lagenda yang memulakan susur galur keturunan raja-raja Kedah. Keturunan Merong Mahawangsa memerintah Langkasuka selama beberapa generasi. Daripada puteranya yang menjadi raja Siam, hingga kepada cucu-cucunya yang meneruskan warisan di Langkasuka, nama Merong menjadi simbol keabsahan takhta.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: