Beberapa Cara Break-In Roller Tamiya Mini 4WD (Sila Baca Deskripsi)
Автор: Menan Adam Channel
Загружено: 2023-08-10
Просмотров: 6443
Di sini saya senaraikan juga LIMA cara-cara lain yang digunakan oleh pelumba-pelumba Mini 4WD di Malaysia untuk break-in roller.
**PERHATIAN:-
Atas kekangan masa, saya cuma sempat menjalankan proses break-in dalam video di atas hanya lebih kurang 12 jam sahaja. Tempoh rendaman dalam cecair penyala api Zippo/Vance adalah singkat berbanding yang sepatutnya, dan proses memusing dengan menggunakan motor juga singkat berbanding yang sepatutnya. Sila jalankan proses ini dalam tempoh masa 48 jam seperti yang disarankan untuk mendapatkan keputusan yang maksimum.
Penggunaan jenama ZIPPO adalah lebih baik untul roller yang digunakan dalam perlumbaan speed (jenis ball bearing. Sila rujuk video "Build kategori Speed di Malaysia"). Jenama VANCE pula lebih baik digunakan dalam perlumbaan teknikal seperti B-Max dan Semitech.
Jenama ZIPPO lebih sesuai digunakan untuk mencuci bearing dan maintenance bearing. Manakala jenama VANCE digunakan untuk perlumbaan. Speed bearing tak boleh berminyak, kena kering. Jika anda main speed, maka lebih baik menggunakan VANCE.
=============================
Berikut adalah LIMA cara-cara lain yang digunakan oleh pelumba-pelumba Mini 4WD di Malaysia untuk break-in roller:-
##### CARA KEDUA #####
Selain daripada membiarkan motor terus berpusing bersama dgn roller, ada juga yang menggunakan cara memberhentikan roller dengan menahan roller daripada bergerak (ketika motor dihidupkan). Boleh menahan roller dengan menggunakan span, skru driver (dijolok ke dalam ruangan roller), atau boleh mengikut kreativiti anda sendiri. Pelumba-pelumba di Indonesia mempunyai tools yang tersendiri untuk menahan roller. Akan tetapi tools tersebut tiada di pasaran Malaysia.
##### CARA KETIGA #####
Roller terus direndam selama 4 atau 5 hari di dalam cairan solusi minyak penyala api Zippo / Vance. Tidak perlu running dengan menggunakan motor. Cuma perlu dikeringkan selepas tempoh 4 atau 5 hari tersebut, dan kemudian dibersihkan. Selepas itu dibiarkan running di atas litar dengan sendiri bagi meneruskan proses break-in.
##### CARA KEEMPAT #####
Roller terus direndam di dalam cairan solusi pembersih sentuhan (Contact Cleaner @ SC99) tanpa perlu direndam dalam cairan solusi minyak penyala api Zippo/Vance. Roller direndam selama 4 ke 5 hari juga dan proses yang sama sepertimana yang dijalankan dalam cara ketiga di atas.
##### CARA KELIMA #####
Selain daripada roller dicuci dengan menggunakan Zippo/Vance, anda juga boleh menambahkan penggunaan cairan BRASSO. Akan tetapi sila berhati-hati kerana cairan BRASSO ini dikatakan bersifat menghakis yang agak kuat. Bersihkan pada kadar segera atau kebarangkalian untuk roller anda rosak adalah tinggi. Jalankan proses ini selepas anda telah menjalakan proses merendam dalam Zippo dan juga setelah dibilas dengan menggunakan Contact Cleaner.
##### CARA KEENAM #####
Saya percaya cara ini adalah yang paling kurang digunakan dikalangan pelumba di malaysia tapi masih ada yang melakukannya. Iaitu dengan cara menitiskan minyak pelincir (yang memang dikhaskan penggunaannya untuk roller Tamiya) ataupun menggunakan minyak Singer, dan terus membiarkan roller berpusing dia atas litar selama beberapa tempoh tertentu (20 min hingga 1 jam). Pada pandangan saya, cara ini tidak betul-betul membersihkan dalaman roller tersebut dan ini menyebabkan roller tidak berfungsi pada kadar optimum).
=================
Semoga kesemua 6 cara break-in roller diatas ini boleh membantu anda dalam meningkatkan lagi fungsi roller anda ketika berada di atas litar. Jangan lupa kongsikan pengalaman anda di ruangan komen ya! Sama-sama kita kongsi ilmu! Terima kasih!!
#MenanAdamChannel
#MakeTamiyaGreatAgain
#TamiyaMalaysia
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: