Bukan ‘legasi keluarga’, tapi kesinambungan kerja - Rafie
Автор: Berita Harian Online
Загружено: 2025-11-27
Просмотров: 85
Bukan sekadar menyambung nama ayahnya, bekas ADUN Bingkor Datuk Robert Tawik, Rafie Robert menegaskan pencalonannya atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan ‘legasi keluarga’, tetapi kesinambungan kerja yang sudah lama digerakkan di lapangan. Baginya, kepercayaan pucuk pimpinan untuk memilih calon muda di Bingkor adalah pengiktirafan terhadap hubungan rapatnya dengan akar umbi dan keperluan pengundi yang kini hampir separuh terdiri daripada golongan di bawah 40 tahun.
Berbekalkan rekod kemenangan besar Datuk Robert pada PRN 2020 dengan majoriti lebih 5,000 undi, Rafie yakin sokongan itu boleh diterjemahkan semula kepada GRS dalam saingan 10 penjuru kali ini. Beliau melihat percaturan pelbagai parti lokal di Bingkor sebagai kelebihan kepada GRS, dengan hujah bahawa rakyat semakin cenderung memilih satu panji yang jelas mengangkat kepentingan Sabah melalui kerajaan negeri sedia ada.
Dengan hubungan rapat bersama pimpinan GRS, termasuk usaha membawa projek berskala daerah seperti hab pengangkutan, Rafie mahu meyakinkan pengundi bahawa kesinambungan kerja di Bingkor bukan lagi retorik, tetapi jalan pantas untuk mengejar masa yang telah lama tertinggal.
------------------------------------------------------------------------------------------------
#BeritaHarian #BHonline #BHTV
➡ Berita terkini di http://www.bharian.com.my
▪️ WhatsApp Channel https://bit.ly/46dAZbj
▪️ LinkedIn / beritaharian
▪️ Instagram / beritaharian
▪️ Facebook / bhonline
▪️ X / bharianmy
▪️ TikTok / bharianmy
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: