PROGRAM KOMUNITI BERSAMA AGENSI KERAJAAN & MAJLIS PERASMIAN PADANG PETANQUE SK KAMPUNG KUPANG | 4K
Автор: TVPSS SK KAMPUNG KUPANG
Загружено: 2024-02-04
Просмотров: 186
Program komuniti bersama agensi kerajaan telah dilaksanakan pada 23 Januari 2024 bertempat di SK Kampung Kupang sebagai salah satu usaha murni untuk merapatkan hubungan antara pihak berkuasa dengan komuniti setempat. Antara agensi yang terlibat semasa program ini ialah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Kementerian Kesihatan Malaysia.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan kesihatan, penyerahan alat pemadam api kepada wakil-wakil komuniti serta demonstrasi keselamatan kebakaran yang melibatkan komuniti yang hadir bersama-sama pada hari tersebut.
Selain itu juga, majlis perasmian padang petanque SK Kampung Kupang juga telah diadakan yang mana padang ini merupakan hasil sumbangan ADUN N38 Kalaka - Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Duri dalam mengembangkan potensi anak-anak dan penduduk Kampung Kupang dalam sukan petanque. Bakat dan potensi mereka dalam sukan petanque memerlukan satu tempat khusus untuk digilap bagi menyemarakkan lagi perkembangan sukan petanque di negeri Sarawak.
Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang menjayakan majlis seumpama ini dan semoga kita bertemu lagi pada lain masa.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: