Pandu bawah had laju kebangsaan, berapa jauh BMW F10 520D boleh pergi?
Автор: Abang Roy
Загружено: 2020-08-16
Просмотров: 4964
BMW F10 520D adalah salah satu model BMW yang mengunakan enjin diesel. Dengan kapasiti enjin 2.0 twin scroll turbo, ianya dapat menyembur 184 kuasa kuda dengan 380 daya kilas. Enjin diesel juga memberikan lebih kilometer kalau dibandingkan dengan enjin petrol.
Kapasiti tangki minyak adalah 70 liter, dengan isian penuh pada kelajuan sekitar 120-160km/h mudah sahaja untuk capai 700 - 800km jarak perjalanan.
Akan tetapi, berapa jauh kita boleh pandu sekiranya pandu bawah had laju kebangsaan?
Kali ini Abang Roy melakukan eksperimen dimana memandu bawah 110 km/h, dengan berbekalkan 1 tangki penuh sahaja. Untuk makluman, kos minyak untuk tangki penuh (Euro 5) berjumlah RM 134.40.
Perjalanan merangkumi berdasarkan google map : (Sebetulnya lupa nak set trip meter)
25 July 2020
Caltex Hentian Sebelah Penchala - Iman Koeyteow Goreng = 424km
Iman Koeyteow Goreng - Jeti Kuala Perlis = 54.5km
2 August 2020
Kuala Perlis - Nasi Kandar Cikgu Mad (Guar Chempedak) = 104km
Nasi Kandar Cikgu Mad - Kampung Agong (Penaga, Pulau Pinang) = 55.1km
Kampung Agong - Georgetown = 40.7km
3 August 2020
Georgetown - Victoria Bridge (Perak) = 136km
Victoria Bridge - Greentown Dimsum = 44.4km
Greentown Dimsum - Lost Of World Tambun = 8.7km
4 August 2020
Lost Of World Tambun - Tasik Cermin = 12.3km
Tasik Cermin - Laksa Telur Goreng Bersarang / Kafe Setinggan = 4.1km
Kafe Setinggan - Gua Tempurung = 25.2km
Gua Tempurung - Shell Bandar Puncak Alam = 179km
Adakah cukup dengan 1 tangki sahaja? Jom saksikan video ini.
Apa-apa sila comment, abang roy akan cuba bantu menjawab segala persoalan.
Subscribe | Share | Like
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: