Bina RPH Pembelajaran Terbeza Dengan AI | Tutorial
Автор: Cikgu Ainul
Загружено: 2024-05-30
Просмотров: 9192
Pembelajaran terbeza adalah kaedah pengajaran di mana guru mengambil kira keperluan individu setiap murid dalam kelas untuk memastikan pembelajaran yang berkesan. Dalam sesuatu PDPC adalah perlu untuk pembelajaran terbeza ini berlaku supaya murid dapat mencapai objektif pembelajaran. Kaedah ini boleh membantu meningkatkan pencapaian dan pembelajaran murid, terutamanya dalam konteks pendidikan di Malaysia.
Tetapi, Pembelajaran Terbeza sering sukar dilaksanakan kerana kekangan masa guru bagi menyediakan Rancangan Pengajaran Harian dan bahan untuk 2 @ 3 tahap murid.
Dengan adanya ChatGPT, cikgu tak perlu risau lagi. Dalam beberapa saat saja RPH Pembelajaran Terbeza utk 3 tahap murid boleh siap dgn mudah.
Caranya, copy prompt ini, paste di ChatGPT & masukkan details seperti Subjek, Topik, Tarikh, Hari, Masa, Standard kandungan & Standard Pembelajaran seperti dlm DSKP.
PROMPT
Mohon sediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berdasarkan maklumat berikut:
Subjek:
Kelas/Tingkatan:
Topik:
Tarikh:
Hari:
Masa:
Standard kandungan:
Standard pembelajaran:
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan model 5E dan dibezakan mengikut 3 tahap murid.
Di akhir sesi pembelajaran, sediakan refleksi. Jadikan dalam bentuk jadual.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: