iCLaM - Integrated Computer Lab Manager (Client)
Автор: PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang
Загружено: 2021-07-23
Просмотров: 44
iCLaM
Perisian ini pada dasarnya berfungsi sebagai aplikasi Client-Server di mana ia terdiri daripada dua bahagian terminal, Terminal Pelayan (Server) dan Pelanggan (Client). Direka untuk pengurusan makmal komputer perpustakaan, ia menawarkan fungsi dan keupayaan yang fleksibel untuk menguruskan setiap komputer secara profesional.
Terminal Pelanggan (Client)
Pengurusan Pelanggan secara lengkap membolehkan pelanggan menggunakan komputer secara layan diri tanpa perlu kehadiran staf. Perisian ini mempunyai integrasi dengan sistem perakaunan di mana pelajar dan staf boleh terus menggunakan komputer di makmal tanpa perlu mendaftar semula maklumat peribadi di kaunter.
Terminal Pelayan (Server)
Pengurus dapat memantau penggunaan komputer secara web-base. Aplikasi ini mempunyai antara muka web yang teratur. Perisian ini dapat memantau penggunaan komputer oleh pelanggan dari maklumat pelanggan, masa penggunaan dan penjanaan statistik. Pengurus boleh menetapkan had masa penggunaan komputer oleh pelanggan. Aplikasi ini membolehkan penutupan sesi pengguna secara paksa, serta mencegah akses yang tidak dibenarkan.
Kelebihan berbanding perisian sebelumnya (iCafe Manager)
• Pengguna tidak perlu mendaftar
• Tiada kebocoran maklumat pelanggan kerana data disimpan tidak melalui pihak ketiga
• Tiada iklan yang tiada kaitan
• Autologin ke sistem dan perkhidmatan digital perpustakaan yang lain
• Pengawalan had masa pada waktu sesak
o Pengguna boleh login semula apabila masa sudah tamat sekiranya jumlah penggunaan PC di makmal tidak melebihi 80%
• Mengenal pasti komputer yang tiada sebarang aktiviti selama 5 minit
• Integrasi maklumat pinjaman buku dari MyKM
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: