Penyaram gula apong sarawak || Cucur jawa || Step by step
Автор: Natasha Di Abuh
Загружено: 2023-06-08
Просмотров: 30269
Hi, guys... 🙋🏻♀️.. Siapa disini gemar sangat makan kuih penyaram/cucur jawa/penjaram tanpa rasa sedikit manis? Mari Natasha Di Abuh ingin berkongsi sedikit resepi penyaram/cucur jawa/penjaram hanya dengan gula apong dan tanpa menambah gula pasir mahupun gula perang. Bagi permula yang ingin mencuba resepi ini,amat dialu-alukan untuk mencuba. Mari masak bersama saya.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
3 sdm tepung pulut
1½ cawan gula apong
280ml air
Secubit garam
📌 Larutkan gula apong,air dan secubit garam.(tidak perlu hingga mendidih cukup sekadar larutkan air gula sahaja)
📌 Jangan sesekali masukkan kesumua air gula apong yang telah dilarutkan tadi.
📌 Masukkan sedikit demi sedikit air gula apong. (agak-agak dalam 280ml)
📌Adunan tidak terlalu pekat dan tidak juga terlalu cair.
📌Adunan hendaklah diperap semalaman di dalam peti sejuk.
📌🅰️=[Setelah keesokkan harinya,apabila anda sudah keluarkan adunan dari peti sejuk. Tolong biarkan adunan dalam suhu bilik, (memang mengambil masa tetapi percayalah hasilnya tidak akan mengecewakan anda)
📌 Sebelum menggoreng masukkan(( 5sdm air.))
📌 Goreng dengan api sederhana.
........................ All the best......................... !!
Selamat mencuba! ☺️
I hope you will enjoy this recipe and please make sure you subscribe to my channel.. Tq😘
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: