RIDE 1 MALAYA | BELUT TV | 3H2M | MALAYSIA | SEMENANJUNG | ULTIMATE RIDER
Автор: BUDAK KAMPUNG
Загружено: 2024-05-26
Просмотров: 3388
Cabaran Ride Satu Malaya merupakan cabaran terbuka dengan syarat penyertaan adalah wajib bermotosikal, wajib mengambil tempoh 3 hari 2 malam, dengan permulaan setiap hari selepas jam 7.00pagi. Pembuktian bagi penyertaan ini adalah dengan menggunakan aplikasi Relive setiap hari ride. Rider juga perlu sertakan time stamp bergambar di 14 lokasi yang telah ditetapkan dalam cabaran ini.
Hari Pertama, perancangan kami berdua dalam menghadap cabaran ini adalah dengan memulakannya di Shell Samagagah Arah Selatan, menelusuri jambatan pertama untuk ke Chechpoint 1 : Empangan Teluk Bahang, Pulau Pinang. Seterusnya meneruskan ride ke Checkpoint 2 : Kelantan Welcome Centre, Lojing. Lokasi ini sangat memberi impak kepada tempoh masa berikutan laluan keluar masuk yang sama dengan jarak 80km. Checkpoint 3 : Bukit Melawati, Selangor juga membuatkan rider perlu masuk dan keluar pada laluan yang sama dengan jarak sekitar 60km. Checkpoint 4 : Tugu Negara, Kuala Lumpur yang perlu dilawati rider dengan bersuafoto di hadapannya sebagai bukti. Seterusnya kami ke Negeri Sembilan, Checkpoint 5 : Muzium Tentera, Port Dickson dengan keadaan cuaca hujan sepanjang jalan. Sudah menjelang petang, kami bergerak ke Checkpoint 6 : Kota A'Famosa, Melaka yang merupakan destinasi untuk kami bermalam hari pertama. Keseluruhan jarak riding kami adalah 750km.
Hari kedua, cabaran lebih getir kerana jarak yang dianggarkan sekitar 850km. Bermula daripada bandar hilir kami bergerak ke Batu Pahat untuk santapan pagi. Terus ke Checkpoint 7 : Taman Negara, Tanjung Piai. Lokasi ini yang sangat unik berada pada titik paling selatan benua asia benua terbesar di dunia. Seterusnya menuju ke Checkpoint 8 : Jambatan Desaru dengan keadaan hujan sangat lebat. Hanya beberapa rakaman yang dapat dibuat di kawasan ini. Bagi rider kapcai, anda pasti dapat ke viewpoint yang tertera pada google maps dengan laluan tikus di sebelah tepi highway. Checkpoint 9 : Menara 188, Kuantan. Kami telah lewat pada sesi ini berikutan cuaca yang tidak mengizinkan. Ride pada waktu malam di kawasan ladang kelapa sawit untuk menghabiskan misi. Checkpoint 10 : Drawbridge, Kuala Terengganu merupakan lokasi akhir hari kedua kami dan bermalam. Kami tiba pada lewat malam, ini kerana usaha kami untuk tidak membebankan cabaran pada hari ketiga.
Hari ketiga, Checkpoint 11 : Istana Balai Besar, Kelantan juga rider perlu memasuki daerah Kota Bharu untuk mencapai misi bergambar. Perjalanan kami ke sini mudah dengan cuaca menarik sepanjang pantai timur. Checkpoint 12 : R&R Tititwangsa, Perak merupakan tempat persinggahan di tengah perjalanan menuju ke Checkpoint 13 : Masjid Daerah Baling, Kedah. Sedikit lewat kami menghabiskan misi di Checkpoint 14 : Viewpoint Wang Kelian, Perlis kerana keadaan huja n di perlis yang memaksa kami untuk redah ke utara semenanjung malaysia.
Alhamudiulillah, Cabaran ini telahpun kami berjaya mengharunginya. Dan kini, digelar sebagai ULTIMATE RIDER setelah lengkap ke tiga-tiga cabaran yang dianjurkan oleh Belut Durjaseri.
Selamat menonton.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: