Penerokaan Malam 🏚️🌕 | Villa Semantan 2 | Wolve Logan
Автор: Wolve Logan
Загружено: 2025-11-28
Просмотров: 63
🤲🏼 Sama-sama kita mendoakan keselamatan & kesejahteraan penduduk yang terjejas akibat banjir yang berpunca daripada hujan lebat 🌧️ yang berpanjangan terutamanya di utara, pantai timur & juga Selangor serta ibu negara Kuala Lumpur. Agar kita semua dipelihara ALLAH daripada bahaya & mudarat. Amin ya rabbal alamin🙏🏻🤲🏼
Bagi meneruskan lagi penerokaan malam kita di ibu kota yang penuh cabaran ini, saya & dua pendamping jemputan melangkah ke sebuah lagi binaan unik 4 tingkat yang terdiri daripada 2 buah blok (depan & belakang) yang mana tingkatnya dibina secara berselang-seli - blok masing-masing mempunyai 2 tingkat.
Saya masih lagi dalam angin bernostalgia walaupun perasaan saya sedikit tercalar oleh pengalaman pelik di rumah banglo pada rakaman yang lalu. Pengalaman malam memang berlainan daripada sebelah siang. Kedua-dua Akmal & Aizat masih berasa kurang selesa di samping rasa loya mula membelenggu mereka. Syukur saya tidak berasa sedemikian. Mungkin 'mereka' masih mengingati saya yang pernah ke sini 3 tahun yang lalu.
Villa yang berseni bina Moden Tropika dengan sentuhan Brutalist (dalam video saya katakan Brutalist & Moorish; kurang tepat 🙏🏼🙏🏼) ini cantik & unik tetapi malang sekali, keadaannya sudah jauh rosak berbanding ketika saya & pendamping (Manic & Wan Jwx) ke sini dahulu. Masalahnya sekarang ni kenapa lampu kena bermasalah, bateri semua nak cepat habis??? Kenapa???
Minta maaf atas segala kekurangan. Video dirakam & disunting menerusi telefon Android yang tidak seberapa.
Terima kasih kerana sudi menonton.
Sekadar perkongsian.
Kru Wolve Logan Urbex:
Rakaman - Wolve Logan (kamera ihsan: Wan Jwx)
Pendamping Jemputan - Akmal & Aizat
Pengangkutan - Akmal
Suntingan - Wolve Logan
Music by
Karl Casey @ White Bat Audio
LIKE | COMMENT | SHARE | SUBSCRIBE
I Took A Stroll Down Memory Lane Today, Not To Be Saddened By The People That I Have Loss, But To Be Grateful For The Memories That I Shared With Them.
💪🏼👹🏚️💪🏼
#urbanexploration #malaysianurbanexploration #malaysianurbex #serembanurbanexploration #urbex #penerokaanurban #abandonedbuildings #abandonedhouse #oldbuilding
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: