𝗭𝗜𝗞𝗜𝗥 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗙𝗔𝗔𝗧? | Tuan Guru Sheikh Dr Jahid Sidek Al-Khalidi
Автор: MuftiN9 Channel
Загружено: 2025-04-16
Просмотров: 106
Terdapat pihak menyatakan bahawa zikir “Allah Allah” tiada manfaat. Namun pandangan ini bertentangan dengan penjelasan tokoh sufi. Antaranya seperti Syeikh Abu al-Qasim al-Junaid al-Baghdadi (w. 297H), yang diakui sebagai ulama paling alim pada zamannya. Beliau menyatakan bahawa zikir “Allah Allah” mempunyai tiga kelebihan utama:
Menghapuskan sifat-sifat tercela (mazmumah) dari jiwa.
Menanamkan sifat-sifat terpuji (mahmudah) seperti taubat, sabar, syukur, zuhud, tawakal, reda dan cinta kepada Allah.
Membawa seseorang mencapai martabat ihsan dan fana' fillah, iaitu meleburkan diri dalam keagungan Ilahi.
Terdapat hadis yang menyebut:
Sesiapa yang berzikir “Allah Allah” hingga mencapai hakikat Bismillah, maka tiada sebarang makhluk di langit dan di bumi yang dapat memudaratkannya.
Ini membuktikan bahawa zikir bukan sekadar lafaz, tetapi merupakan jalan untuk mencapai maqam rohani tertinggi serta perlindungan daripada Allah SWT.
#jmknns
#muftin9
#zikir #tasawuf #allah
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: