Bengoh Dam Sebagai Pusat Pelancongan : Perubahan yang Berlaku Secara Menyeluruh
Автор: Archive 014
Загружено: 2023-07-16
Просмотров: 12
Ikuti pengembaraan pelajar-pelajar daripada kursus Apresiasi Seni Warisan meneroka Empangan Bengoh ataupun Bengoh Dan Sarawak yang merupakan antara tempat pelancongan menarik di negeri Sarawak dan merungkai warisan-warisan yang terdapat di sana.
Kumpulan ini akan membincangankan tentang : Perubahan yang Berlaku Secara Menyeluruh
Jadi ikuti pengembaraan mereka.
Ahli Kumpulan:
Razan Hayati Rahim
Nurhaziqah Jahirah Johari
Ismah Sharmeela Jimandi
Nur Danna Farhana Hamdan
Nur Hannizia Zaini
Pada pendapat saya, program lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu inisiatif yang sangat baik yang diambil oleh pihak universiti untuk mendedahkan pelajar dengan kursus ini dalam memahami kesan tradisi dan modenisasi terhadap warisan dan seni budaya di nusantara terutamanya. Pemilihan tempat yang menarik dan mencabar seperti Bengoh Dam menjadikan lawatan ini lebih menyeronokkan. Sejujurnya, saya belum pernah menjejakkan kaki ke Bengoh Dam dan melalui lawatan ini, itulah kali pertama dan pengalaman mendaki (hiking) menuju ke air terjun dan Kampung Sting, sangatlah sukar untuk dilupakan. Saya berpendapat lawatan ini juga merupakan pendekatan yang sangat bagus untuk mengenali rakan-rakan sekelas yang lain secara bersemuka memandangkan kami menjalani kelas secara atas talian selama 2 tahun. Dengan aktiviti sedemikian, silaturahim dapat dieratkan dan tali persahabatan dapat diutuhkan. Secara keseluruhannya, saya sangat seronok dan gembira ketika mempelajari kursus ini. Saya berharap kursus ini terus dikekalkan kerana pelajar tentunya mendapat pelbagai ilmu baharu di samping dapat belajar secara santai.
Nur Razan Hayati binti Rahim
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: