MEK MULUNG LAKHON MALIM BONGSU 2024 UiTM
Автор: Kayrol MarkNann
Загружено: 2025-05-01
Просмотров: 1099
TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG UiTM 2024
TAJUK : Lakhon Malim Bongsu.
TARIKH : 26 Julai 2024.
TEMPAT : Ruang Eksperimental FiTA UiTM Puncak Perdana.
PELAKON : Pelajar Pengajian Seni Persembahan KPSK.
SKRIP & BIMBINGAN PERSEMBAHAN : Zamzuriah Zahari
PENGARAH MUZIK PERSEMBAHAN : Kamarul Baisah Hussain
PENGARAH & PENASIHAT PERSEMBAHAN : Khairul Anuar Zainudin
PENASIHAT PRODUKSI : Amandus Paul Panan
PENASIHAT ARTISTIK & TEKNIKAL : Mohd. Kamil
PEN. PENASIHAT PERSEMBAHAN : Muhammad Na'im Syah Razad
SINOPSIS:
Lakhon Malim Bongsu mengisahkan tentang seorang Raja Malim Bongsu yang memerintah Selindungan Bulan. Raja ini mempunyai orang suruhan yang sangat setia menurut perintahnya iaitu Awang Pengasuh dan Awang Selamat. Pada suatu hari, baginda dan orang suruhannya pergi menjala ikan. Ketika menjala ikan, mereka telah bertemu dengan seorang Nenek Kebayan berhampiran sungai itu lalu memberitahu mereka bahawa banyak ikan di hujung rakit Siti Jagelan. Namun, Siti Jagelan telah melarang Raja Malim Bongsu dan orang suruhannya daripada menangkap ikan di situ lalu mereka kembali ke istana.
Beberapa purnama kemudian, Malim Bongsu bersama Awang Pengasuh telah bertemu Siti Jagelan sekali lagi ketika mereka mendenak ayam. Ketika itu, mereka telah mengikat perjanjian iaitu Siti Jagelan akan bertukar menjadi Siamang Gila yang bertapa di puncak gunung sekiranya tidak berkahwin dengan Malim Bongsu. Manakala Malim Bongsu menjadi ular naga yang melilit gunung jika mengkhianati Siti Jagelan.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: