Ikan Sardin Masak Lemak Cili Api
Автор: Nasser's Kitchen
Загружено: 2021-04-16
Просмотров: 93698
Ikan Sardin Masak Lemak Cili Api satu resepi yang mudah dan cepat disediakan. Link untuk membeli Sardin Viral https://osini.co/5/W89zdKO2XzdM
Gunakan Kod NK2021 untuk diskaun istimewa!!
SUBSCRIBE:
https://bit.ly/2s0yv1o
Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah Ikan Sardin masak lemak. Satu hidangan yang cepat dan ringkas untuk disediakan untuk berbuka puasa. Jika anda peminat ikan sardin, ini satu resepi yang anda wajib cuba. Tanpa berlengah lagi, JOM kita ke dapur!
Untuk resepi ini saya akan gunakan 1 pek ikan sardin , 425g.Kita juga perlukan 5 biji bawang merah kecil, 3 ulas bawang putih, 1 keping asam gelugor, 1 inci kunyit, 1 inci halia , 2 batang serai dan 9 biji cili padi.
Serai perlu dititik seperti ini. Bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit sebaiknya ditumbuk, tetapi boleh juga dikisar dengan blender.
Kita juga perlukan 3 biji kentang dan 1 biji buah tomato. Potong seperti ini.
Akhir sekali, 1 cawan atau 250ml santan segar. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Dan tumiskan bahan-bahan yang kita tumbuk tadi. Bila mula kelihatan garing, masukkan serai. Tambah 1 cawan atau 250ml air. Dan masukkan kentang dan kuatkan api. Bila air mula mendidih , masukkan asam gelugor. Dan tutupkan untuk 10-15 minit untuk empuk. Jika anda ingin mencuba Sardin Viral.
Setelah 15 minit, gunakan garpu untuk memastikan kentang sudah lembut. Masukkan santan. Kacau! Jangan tak Kacau!
Tambahkan 1/2 cawan air. 2 sudu kecil garam atau secukup rasa.
1/2 sudu kecil serbuk perasa jika anda mahu.
Sekaran kita boleh tambah ikan sardin. Masukkan juga sos tomatonya. Tambah 1/2 cawan air lagi.
Masukkan buah tomato. Kalau mahu kuah yang lebih pedas boleh tambah lagi cili padi. Saya suka kuah masak lemak yang pedas.
Akhir sekali tambah 1 sudu kecil gula sebagi pengimbang rasa. Ikan sardin masak lemak siap untuk dihidangkan bersama nasi putih ataupun roti. Jika anda belum pernah rasa, ikan sardin masak lemak, saya syorkan anda cuba. Memang sedap! Ada bermacam-macam lagi resepi di channel ini. Selamat mencuba!
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: