[EPISODE 07] MENJEJAKI PUSARA MAKAM THE GRAVE OF IMAM AN NAWAWI, NAWA SYRIA
Автор: Travel & DIY Forever
Загружено: 2023-08-14
Просмотров: 1105
[EPISODE 07]
Pada 29 May 2023 - Jemaah STT meneruskan perjalanan ke Nawa untuk menjejaki Pusara Imam An Nawawi yang terletak di Nawa, Syria. Percubaan kami untuk masuk sebelah pagi tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa atas sebab keselamatan. Kami semua tidak berputus asa dan terus berdoa, Alhamdulillah permohonan kami kali ke-dua diluluskan oleh pihak berkuasa dengan kawalan keselamatan yang ketat dan kami hanya diberi masa 25 minit sahaja untuk ziarah Pusara Imam An Nawawi Rahimahullah.
Ketua-ketua penduduk setempat datang menyambut dan meraikan kami dengan secawan kopi panas, penduduk setempat turut bergembira dengan kedatangan kami dan keluar di atas jalanraya kerana selepas krisis, sudah hampir 12 tahun tidak ada pelancong luar yang datang ke sini. Untuk masuk ke dalam setiap wilayah atau daerah di dalam Syria memerlukan permit khas.
Semua Jemaah STT merasa sangat terharu, sedih dan teruja kerana berpeluang ziarah pusara salah seorang imam yang sangat hebat iaitu Imam An Nawawi Rahimatullah. Peluang ini mungkin hanya sekali seumur hidup!
KKembara diatur & diuruskan oleh : Suhbah Travel & Tours Sdn Bhd (STT)
WhatApps: http://www.wasap.my/601110654068
Suhbah Travel Fb : / temanmusafiranda
SEJARAH HIDUP IMAM AN NAWAWI RAHIMAHULLAH (1233h-1277H)
Nama penuh Abu Zakaria Mohiuddin Yahya Ibn Sharaf al-Nawawi, Beliau dilahirkan pada bulan Muharram tahun 631 H di Nawa, 100 km dari Kota Damsyik (Damascus). Di Damsyik Imam Nawawi rahimahuLLahu taala tinggal di asrama MAdarasah Ar Rahawiyyah yang ada di sebelah kiri masjid Bani Umayyah dan teruskan beliau duduk di asrama ini sehingga sampailah nanti saat beliau meninggal dunia di Nawa pada tahun 676 Hijrah.
Imam Nawawi rahimahuLLahu ta'ala telah berguru kepada beberapa orang tokoh ulamak yang ada di zamannya. Di antaranya ialah :
1. Syeikh al Hafidz Abul Baqa' Khalid bin Yusuf ad Dimasyqi
2. syeikh al Qadhi Abu al Fadhal Abdul Karim bin al Qadhi Abil Qasim al Anshari ad Dimasyqi
3. Syeikh Imam AbduLlah Muhammad bin Abdul MUshin al Anshari ad Dimasyqi
4. Syeikh Abu Fadhal Muhammad bin Muhammad at Tamimi
5. Syeikh al Hafidz Abu Ishaq Ibrahim bin Isa al Muradi
6. Syeikh Abdul Aziz bin MUhammad al Anshari
7. Syeikh Imaduddin bin Abdul Karim al Kharastani
dan beberapa guru yang lain lagi.
Berkata Imam Ibn Athar RahimahuLLahu ta'ala seorang murid beliau yang kenamaan: adalah guru kami (Imam Nawawi) tidak pernah mensia-siakan masanya walau sedikit juapun samada di waktu siang atau malam sehingga beliau juga menggunakan masa berjalan untuk menghafaz ilmu.
sangat banyak kitab-kitab yang beliau karang, dan telah mendapat sambutan daripad akalangan ulama semua mazhab. Secara khusus di dalam mazhab as Syafie rahimaullahu tala karangan Imam Nawawi adalah dirajihkan (dipilih) dan muktamadkan lebih daripada apa yang dikarang oleh para ulama yang lain. Ini berasaskan karangan beliau itu mudah difahami dan disokong oleh hujjah yang kuat dan jelas sekali.
Di antara kitab karangan beliau ialah :
1. Syarah Shahih Muslim
2. Riyadus Solehin
3. Hadith al Arbain (Hadith 40)
4. at Taqrib (fi ulumil hadith)
5. al Idhah (fil manasik)
6. at Tibyan Asma' wal Lughat
7. Bustanul Arifin
dan lain-lain lagi.
Dan beliau telah dilantik menjadi Syaikhul Hadith (guru dalam ilmu hadith) di Darul Hadith al Asyrafiyyah pada tahun 665 hijrah bagi menggantikan Syeikh Abu Syamah yang telah meninggal dunia. Maka teruslah beliau menjadi Syaikhul Hadith di Darul Hadith Al Asyrafiyyah ini sampai ke akhir hayat.
Walaupun pengkhususan Imam Nawawi rahimahuLLahu ta'ala di bidang ilmu pengetahuan, namun beliau juga tidak melupakan tugasnya sebagai seorang ulamak yang menegakkan kebenaran, menyuruh dengan kebaikan dan melarang dari kemungkaran. Beliau sentiasa menghantar surat kepada raja-raja yang memerintah di zamannya supaya mereka berlaku adil dan menaruh belah kasihan terhadap rakyat. Dalam hal ini, beliau tidak takut mengatakan kebenaran dan sanggup menerima risiko yang akan menimpa. Oleh kerana itu, tepat sekali apa yang diperkatakan oleh Imam syeikh Abul Abbas bin Farah rahimahuLLahu ta'ala :
Imam Nawawi telah sampai ke maqam yang tertinggi dalam tiga perkara, seandainya beliau sampau hanya kepada satu perkara sahaja di antara tida perkara itu, maka beliau telah layak untuk dijadikan ikutan.
Di saat-saat terakhir beliau berada di Damsyik terjadilah satu ketegangan antara beliau dengan Sultan yang memerintah ketika itu, iaitu Sultan Zhahir Baibras (625-676H). Ketegangan ini berpunca kerana Imam Nawawi rahimahuLLahu ta'ala tidak mahu mengeluarkan fatwa bersama-sama dengan ulama lain yang mengharuskan Sultan mengambil sebahagian daripada harta rakyat untuk persiapan menghadapi serangan Bangsa Moghul (Tatar).
Kembara diatur & diuruskan oleh : Suhbah Travel & Tours Sdn Bhd (STT) www.wasap.my/601110654068
Suhbah Travel Fb : / temanmusafiranda
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: