KUAH ROJAK COLEK BUAH/ KUAH ROJAK PETIS
Автор: garlic channel
Загружено: 2025-08-21
Просмотров: 51
#kuahrojakpetis #kuahcolek
Resepi anti gagal-petis dipping sauce
Tahan berbulan tapi tak sampai satu minggu dah habis ,kuah rojak petis paling mantap
kuah rojak ini juga sesuai untuk kuah rojak tauhu bakar,kuah calit sengkuang.
Resepi ini sangat sesuai untuk berniaga kerana kuah rojaknya tidak memekat,tidak perlu di panaskan semula.
Resepi ini boleh Di gunakan untuk membuat jamuan Di kenduri kendara,sangat mudah untuk membuatnya.Semua buah buahan tempatan atau buah 4 musim sesuai Di colek dengan kuah rojak ini.
Gandakan bahannya jika nak buat dalam kuantiti Yang Banyak
Jangan buah brand jika mahukan Rasa Yang Sama dengan Yang telah Di sediakan.
_______
Bahan- bahan
*1 cawan metrik kicap lemak manis cap kipas udang
1 cawan metrik SOS cili( pedas( brand apa pun boleh)
*3-4 sudu makan metrik petis( NUSANTARA)
*2 cawan metrik gula pasir
*2 cawan metrik gula merah( star brand)
*3 cawan air biasa
*2 sudu makan metrik serbuk lada kering
_______
Bahan hiasan
______________
*BUAH buahan ikut selera masing- masing
*kacang tanah tumbuk( ready made)
*Bijan dangai
*Serbuk asam boi
_________
Proses memasak kuah rojak hingga likat 30 minit - 1 jam
____
*Belajar cara buat kuah rojak pekat dan padu bersama garlic channel. Gabungan rasa manis, masam, pedas, dan lemak dengan kacang yang sempurna Dan lemak - lemak rangup. Sesuai untuk keluarga besar atau buat berniaga.
Resipi mudah dan berbaloi untuk dicuba.
resepi ini di berikan oleh seorang sahabat beberapa tahun Lepas.
-kuah rojak untuk satu family Dan untuk berniaga.
sharekan resepi ini untuk sahabat sahabat supaya ilmunya tidak hilang dan berpanjangan.
Tak perlu masukkan dalam peti ais,kalau gulanya dah berketul panaskan aje sedikit.
Resepi anti gagal.
*selamat mencuba,selamat menonton 💕
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: