Isu UEC hangat semula: Kenyataan Nga cetus bayangan lama terhadap DAP
Автор: KiniTV
Загружено: 2025-12-09
Просмотров: 3091
Isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu atau UEC kembali menjadi tumpuan politik nasional selepas kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Nga Kor Ming mencetuskan reaksi besar dalam kalangan masyarakat Melayu di media sosial.
Nga, mendedahkan bahawa DAP akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membincangkan isu pengiktirafan UEC.
Kenyataan itu, yang pada mulanya hanya disampaikan di media berbahasa Cina, diterjemah dan pantas menimbulkan kecaman. Dalam kalangan pengguna media sosial Melayu, ia dilihat seolah-olah DAP memberi tekanan kepada perdana menteri, malah ada yang mendakwanya mengancam kedudukan orang Melayu.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: