Ep 20 | 🌙✨ Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025 & Aktiviti Kreatif Membuat Pizza
Автор: TVPSS SK LA SALLE 2 JINJANG
Загружено: 2025-09-10
Просмотров: 638
Pada 10 September, warga sekolah telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025 sebagai tanda kasih dan kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Program dimulakan dengan bacaan selawat dan perarakan meriah yang disertai guru, murid, dan seluruh warga sekolah.
Dalam masa yang sama, murid-murid bukan Islam turut diraikan dengan aktiviti kreatif membuat pizza yang menyeronokkan. Aktiviti ini bukan sahaja mengasah kreativiti dan kemahiran memasak asas, malah memupuk nilai murni seperti kerjasama, toleransi, hormat-menghormati, dan semangat perpaduan.
Penganjuran dua aktiviti ini mencerminkan keharmonian di sekolah serta usaha mendidik murid untuk menghayati sunnah Rasulullah SAW, menghargai kepelbagaian budaya, dan menanam semangat kekitaan.
📖 “Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik.” (Al-Ahzab: 21)
#MaulidurRasul #PerarakanMaulidurRasul #AktivitiSekolah #PizzaDay #NilaiMurni #Perpaduan #skls2jwearetogether #malaysiaamadani
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: