Biodata Tengku Natasya (Natasha) Puteri Adnan, Isteri Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah
Автор: Info 1 Minit
Загружено: 2024-10-24
Просмотров: 119109
Siapa Tengku Natasha Adnan? Ikuti biodata - ala wikipedia - Tengku Natasha (Natasya) Puteri Tengku Adnan, isteri kepada Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.
Perkahwinan diraja Putera Diraja Pahang, YAM Tengku Arif Bendara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Mulia Tengku Natasha Puteri binti Tengku Adnan berlangsung di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.
Sebelum ini, istiadat perkahwinan diraja melibatkan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan FD Idzham FD Iskandar pada Ogos lalu.
Majlis akad nikah pasangan diraja itu berlangsung pada malam Khamis, pukul 8 malam, kemudian Istiadat Berinai pada 25 Oktober, disusuli Istiadat Persandingan Diraja pada Ahad malam. Pasangan pengantin dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Utama Dr Tengku Adnan Tengku Mansor.
Manakala pada 28 Oktober, Istiadat Perkahwinan Putera Diraja diteruskan dengan Istiadat Santap Nasi Adap-Adapan, Istiadat Bersiram dan Istiadat Menutup Kerja pada 28 Oktober.
Istiadat akad nikah, berinai dan acara bersanding bakal ditayangkan secara live (siaran langsung) di dua layar besar di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan di Dataran Pekan.
Tengku Natasha bernama penuh, Tengku Natasha Puteri binti Tengku Adnan dan berumur 29 tahun (2024).
Tengku Natasha yang berdarah kacukan dengan aset ketinggian ini merupakan anak kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar iaitu Datuk Seri Utama Dr Tengku Adnan bin Tengku Mansor atau panggilannya, Ku Nan.
Ibu Tengku Natasha iaitu Datin Seri Utama Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini binti Sentiyaki atau Enny Beatrice merupakan bekas pelakon filem di Indonesia era 1980-an.
Perkahwinan Tengku Adnan dan Enny Beatrice dikurniakan enam anak, iaitu Dr Tengku Iqbal Munawwir, Tengku Natasha Puteri, Dr Tengku Muhammed Hafiz, Dr Tengku Nadira Munawarah, Tengku Najwa Munawarah dan Tengku Nabila Putri.
Tengku Adnan juga mempunyai anak daripada perkahwinan terdahulu, sebagai bapa kepada Tengku Daud, Tengku Balqish, Tengku Yazir dan Tengku Nadiah.
Dalam pada itu, adik Tengku Natasha iaitu Tengku Nadira Munawarah merupakan seorang penyanyi.
Info selanjutnya, tonton video di atas.
tags: natasya adnan keluarga, age, height, pendidikan, asal, putri, wedding, instagram, ig, kerabat mana, who is natasya adnan, campuran, tarikh lahir, ayah, nama sebenar
*Info Latar Belakang Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Tengku Muhammad merupakan putera kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah - bekas Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong Malaysia ke-16.
Merupakan anak ketiga daripada sembilan orang adik beradik. Adik-beradiknya yang lain ialah Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, Almarhum Tengku Ahmad Iskandar Shah (mangkat), Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Ilisha Ameera, Tengku Puteri Ilyana, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah. Turut termasuk, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah (anak angkat).
tags: tengku muhammad vlog, kena cubit, menikah, bakal wife, pernikahan, bertunang, negeri pahang darul makmur, salasilah, asal usul, ke berapa, abdullah of pahang children
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: