40th Anniversary DIA (ITM) 82-85 (11 Oct 2025)
Автор: Joe GT
Загружено: 2025-10-13
Просмотров: 76
Pada 11 Okt 2025, genap 40 tahun kami meninggalkan Menara Gading ITM Shah Alam, 40 tahun jugalah kami terpisah dari gelak tawa & kenakalan masing-masing, hanya bersua secara virtual untuk melepas kerinduan. Mengenang kembali pada pertengahan tahun 1982, bila kami mula-mula bertemu, masing-masing malu & buat hal sendiri. Tapi, semuanya berubah 3 tahun kemudian, kami semakin erat, susah senang kami hadapi bersama, sebab sama-sama nak berjaya. Hinggalah dipertengahan tahun 1985, perjuangan kami selama 3 tahun di menara gading telah berakhir, masing-masing sibuk dengan haluan & kerjaya masing-masing. Bertahun jugalah kami terputus hubungan, hinggalah di era medsos, kami kembali bersua, secara virtual, tapi yang lucunya, perangai tetap sama.
Bila bertemu kembali selepas 40 tahun, perasaan gembira bercampur sedih, sebab tak sangka dapat bertemu juga akhirnya; perubahan memang nyata, tapi perangai tetap sama. Malangnya, saya tak dapat bersama, sebab ada urusan peribadi. Tapi, terubat juga bila tengok gambar-gambar yang dikongsikan.
Terima kasih buat sahabat-sahabat yang merancang & mengusahakan perjumpaan ini. Ada rezeki, kita berjumpa kembali, InsyaAllah.
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: