Jelajah Exploring Termez, Uzbekistan Ziarah Makam Imam Al Tirmizi & Hakim Al Tirmizi Tomb Mausoleum
Автор: Travel & DIY Forever
Загружено: 2021-08-08
Просмотров: 1375
https://tips-petua-melancung-kos-rend...
Kembara ini diuruskan oleh Ustaz Khairol Anuar, Suhbah Travel & Tours Sdn Bhd, Jitra Kedah
16-17 March 2016 Ziarah Makam Imam At Tirmizi dan juga Makam Hakim At Tirmizi bersama-sama Jemaah MATIN Perlis, diketuai oleh Uztaz Khairol Anuar (Suhbah Travel & Tours), Ustaz Yussaine, Ustaz Yusof (Allahyarham) & Ustaz Fadzli Al-Yamani (Allahyarham).
Nama penuh Imam At Tirmizi ialah Muhammad bin Isa bin Saurah bin Musa bin ad-Dhahhak at-Tirmizi. Beliau lahir di kota Tirmiz pada 209H.Beliau membesar di kota Tirmiz dengan asuhan keluarga dan didikan gurunya sebelum mula mengembara menuntut ilmu pada usia kira-kira 30 tahun.
Dalam rangka menuntut ilmu, beliau mengembara jauh hingga Khurasan, Bukhara, Ray, Basrah, Kufah, Wasit, Baghdad, Makkah dan Madinah.Imam At-Tirmizi memiliki ingatan yang cukup kuat walaupun baru hanya mendengar sekali. Imam al-Bukhari pernah meriwayatkan hadis daripadanya kerana mengakui ketinggian ilmunya. Kata al-Bukhari: "Manfaat yang aku peroleh daripadamu lebih banyak daripada manfaat yang kamu peroleh daripadaku."
Imam at-Tirmizi mengarang banyak kitab dan yang paling terkenal ialah kitab al-Jami' yang popular dengan sebutan 'Sunan at-Tirmizi', satu daripada enam kitab hadis yang utama (al-Kutub as-Sittah) selain Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan an-Nasa'i dan Sunan Ibn Majah.Manakala
Manakala seorang tokoh lagi yang terkenal juga iaitu Hakim At-Tirmizi. Kenali Hakim Tirmizi, pengarang tasawuf dan ahli hadis. Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah Muhammad Ibn Hassan Ibn Bashir Al-Hakim Al-Tirmidhi meninggal pada 296H/ 908M.
Beliau merupakan pengarang awal Sufi dan antara tulisannya yang terkenal adalah Navodir Al-Usul fi Ma'rifat Akhbor Ar Rasul (Prinsip-prinsip yang Unik tentang Pembelajaran Tentang Rasul Allah - Rasul Allah). Hakim Tirmizi termasuk ulama terawal yang merumuskan prinsip maqasid syariah (tujuan hukum syariat) seperti kitab al-Solat wa Maqasiduha
HAKIM Tirmizi bukan hanya dikenali sebagai ulama fiqh dan ahli hadis pada abad ke2 serta ke3 Hijrah, bahkan beliau lebih terkenal sebagai antara pengarang agung awal dalam bidang tasawuf. Kitab itu adalah sebuah tinjauan perihal hikmah dan rahsia-rahsia spiritual di .Al-Hakim At-Tirmizi turut mempunyai karangan hampir sama tentang haji, bertajuk: Al-Hajj wa Asraruh (Haji dan Rahsia-rahsianya).
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: