Skandal Sabah: Broker, Lesen & Bukan 'Masterplan Tun'
Автор: Mohd Rafizi bin Ramli
Загружено: 2025-11-28
Просмотров: 122510
Ramai tanya saya: betul ke semua drama Sabah-Albert Tei ni masterplan atau percaturan Tun Mahathir yang fund broker untuk jatuhkan Anwar?
Daripada maklumat yang saya tahu daripada pimpinan yang memang ada di sekeliling cerita ini, hakikatnya jauh lebih “biasa” dan lebih hodoh: ini business as usual politik + lombong di Malaysia.
Albert Tei pada saya hanyalah broker, di belakang dia ada syarikat besar antarabangsa. Dia ambil duit tauke, bayar orang politik untuk dapatkan banyak exploration permit di Sabah.
Bila kerajaan negeri batal lesen, dia tersepit: pada tauke dia kena buktikan duit dah jalan, pada orang politik dia tuntut janji. Dari situlah datangnya video, surat, rakaman, sebahagiannya untuk tekan, sebahagiannya untuk cover diri sendiri.
Perkara ni saya tahu lama. Sebab itu awal-awal bila timbul isu surat sokongan, saya kata pecat terus, kerana broker macam ni jarang ada satu bukti saja.
Sebab itu saya tak setuju bila semuanya disapu dengan naratif mudah: “ini bukti integriti” dan “ini semua konspirasi Tun”. Tun mungkin ‘opportunistic’, tapi peluang yang dia guna ini datang daripada kelemahan kita sendiri.
Tonton Podcast YBM Episod 24 untuk ulasan isu ini dan isu-isu lain di saluran YouTube saya.
𝗣𝗼𝗱𝗰𝗮𝘀𝘁 𝗬𝗕𝗠 𝗘𝗽𝗶𝘀𝗼𝗱 𝟮𝟰:
https://www.youtube.com/live/pGdNql7O...
Доступные форматы для скачивания:
Скачать видео mp4
-
Информация по загрузке: